Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 7, 2022 @ 5:16pm

Siti Bainun Cuti Sakit 22 Hari Dijangkiti Bakteria, Perbicaraan Ditangguh

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari akibat masalah kesihatan.

Memetik laporan Berita Harian, peguam bela Siti Bainun, Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor, memberitahu Siti Bainun dijangkiti bakteria, yang memerlukan pengambilan antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu.

Tambah beliau, jangkitan tersebut dikesan hasil prosedur perubatan diagnostik atau endoskopi dan ujian darah di hospital, semalam.

“Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran pada sebutan kes hari ini, dibenarkan keluar dari hospital jam 9 malam tadi. Laporan terkini kesihatan dan MC Siti Bainun akan dikemukakan kepada mahkamah.

“Laporan penuh pula akan diberi selepas 14 hari kerana hospital memerlukan masa. Anak guam perlu kembali ke hospital pada 15 Disember untuk rawatan susulan, manakala 20 Disember menjadi penentuan sama ada Siti Bainun boleh teruskan dengan pembedahan hempedu atau sebaliknya.

“Isu kedua, kami membuat permohonan masing-masing untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi pembelaan ditawarkan pendakwaan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) serta memanggil semula saksi pendakwaan mengikut Seksyen 173 (j) (iii) KPJ dan Akta Keterangan 1950,” jelasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, memohon kepastian keadaan sebenar Siti Bainun, yang diberikan MC bermula 28 November hingga 19 Disember ini.

“Kami bukan doktor untuk memahami gambar dalam laporan kesihatan kerana mempunyai banyak terma saintifik. Sebab itu, kami mohon doktor dipanggil memberi keterangan mengenai laporan itu.

“Berkaitan isu permohonan, pendakwaan sudah memfailkan bantahan berhubung permohonan mengikut Seksyen 112 KPJ semalam, namun permohonan Seksyen 173 KPJ baru diketahui hari ini,” katanya.

Justeru itu, Hakim Izralizam Sanusi, meminta kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis permohonan mengikut Seksyen 173 KPJ itu sebelum jam 4.30 petang esok dan akan membuat keputusan berhubung kedua-kedua perkara berkenaan, Jumaat ini.

Izralizam juga akan memutuskan tarikh baharu prosiding bela diri kes Siti Bainun, yang sepatutnya berjalan minggu ini, pada hari sama.

“Saya membenarkan penangguhan bicara kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC. Persoalan doktor dipanggil beri keterangan tiada keperluan. Berdasarkan fakta, mahkamah perlu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bersedia kerana ia akan memberi kesan kepada tertuduh.

“Saya akan memberi dapatan terhadap permohonan itu pada Jumaat ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh bicara peringkat pembelaan dan akan menggunakan budi bicaranya.

“Ia berdasarkan tarikh lapang peguam bela dan pendakwa raya, selain isu dibangkitkan pada hari ini, yang akan diputuskan pada Jumaat,” katanya.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diarahkan membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari hingga Jun 2021.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Aug 2022

Video Tonton Bola Tapi Aeril Zafrel Guna ‘Sound’ Lagu Kahwin Jadi Bualan Netizen

Pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel sungguh sinonim dengan gelagat lucunya yang sering menarik perhatian ribuan peminat terutama di platform TikTok. Terbaharu, Aeril dilihat berada di luar negara dan berpeluang menonton bola sepak di Old […]

Featured Fri, 23 Jul 2021

Tarikh Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos Ini

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga […]

Trending Tue, 6 Feb 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Jarak Usia Bukan Halangan Zara- Hafreez

Zara Zya tak rasa lebih tua bila berada dengan Hafreez. Malah dia jadi diri sendiri! Auwww, kalau korang tengok gelagat dorang di laman Instagram, comel betul pasangan ni…

Trending Hari Ini Wed, 29 Apr 2020

Negara Kini Memasuki Fasa Pemulihan, Rakyat Dituntut Terus Patuh Arahan PKP

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersatu dalam hal ni!

Featured Thu, 26 Jan 2023
error: Content is protected !!