Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2025 @ 4:24pm

Faye Kusairi Mohon Pelanggan ‘Mulut Puaka’ Jaga Adab – “Artis Pun Manusia, Ada Hati & Perasaan”

Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa berang apabila berkongsi tangkap layar seorang pengguna media sosial di ruangan Instagram Story miliknya.

Dakwa pengguna media sosial tersebut, artis mahupun pempengaruh hanya menjual muka sahaja berbanding kualiti makan yang dijual.

“Memang tak sedap pun, siapa suruh beli? Artis berniaga jual muka sahaja, produk tak sedap mana.

“Baik beli dekat mak cik biasa-biasa. Tak terkenal, tapi masakan pasti sedap.. harga pun berbaloi,” tulisnya pada komen berkenaan.

Sebagai seorang peniaga nasi ayam, Faye berkata, artis juga merupakan manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Sekaligus, turut bertungkus lumus mencari nafkah seperti mana orang lain.

Justeru, dia tidak mahu netizen di luar sana melabel mana-mana artis mahupun pempengaruh dengan tuduhan sedemikian.

“Tak perlu cop artis ke influencer macam ni. Sama sahaja orang cari rezeki.

“Hormat orang lain dan tolonglah jaga adab bila meninggalkan komen.

“Perlu juga faham, lain orang.. lain tekaknya.

“Pokok pangkalnya, hormat. Makcik atau pakcik yang jual ke, kakak ke… pokoknya, hormat perniagaan mereka,” katanya.

Terdahulu, pelakon Zara Zya terpalit dengan isu sama apabila ada pihak mendakwa kambing perap yang dijualnya tidak sedap.

ARTIKEL BERKAITAN:Kambing Perap Dapat Rating 1/10, Ini Respons Zara Zya – “Kalau Tak Sedap, Tak Apa… Jangan Beli Lagi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kulit Bersih dan Tampil Cantik

Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing. Minum banyak air kosong Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa […]

Events Wed, 1 Aug 2018

Happy 18th Anniversary RED BOX KARAOKE!

Since it’s their birthday, they’re rewarding YOU with lots of deals.

Selebriti Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Ganti Altimet, De Fam Mengaku Berdebar!

Whoah, we all dah tazabar nak tengok De Fam bawakan lagu Bunga.

Trending Wed, 26 Aug 2020
TECH Thu, 15 Nov 2018

Bateri Telefon Pintar Kamu Tak Tahan Lama, Salah Siapa?

Korang boleh mula cas handphone apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus okay?

Trending Thu, 14 Jun 2018
error: Content is protected !!