Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 14, 2018 @ 5:02am

Gandingan Hebat Siti Nurhaliza Dan Khai Bahar Dalam Cinta Syurga

Walaupun penyanyi ini berehat agak lama kerana memberi fokus terhadap puteri sulungnya, namun Siti Nurhaliza tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk beliau muncul dengan lagu baru beliau berjudul Cinta Syurga duet bersama penyanyi Khai Bahar.

Siti mendedahkan bahawa beliau bakal melancarkan lagu Comel Pipi Merah versi zikir berjudul Cinta Syurga. Siti memilih penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang itu kerana,  Khai mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang semakin meningkat naik dikalangan peminat muzik tanah air.

Siti Nurhaliza dan Khai Bahar semasa sesi rakaman lagu Cinta Syurga

“Bagi saya tidak salah untuk memilih Kahi sebagai rakan duet untuk lagu ini kerana dia mempunyai suara yang bagus dan ketika melakukan rakaman lagu itu Khai melakukannya dengan baik. Alhamdulillah, kami juga mendapat bimbingan daripada Bazil daripada kumpulan UNIC bagi memantau cara bacaan selawat dalam lagu itu.” Katanya

Siti bersama suaminya Datuk Khalid ketika pelancaran Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall

Selain itu, Cinta Syurga dihasilkan bersempena bulan Ramadan yang bakal disambut oleh seluruh umat islam pada 16 Mei ini.

Siti Nurhaliza ditemui pada majlis pelancaran butik kelapan Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Sep 2025
Featured Tue, 27 Jan 2026
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Events Fri, 28 Mar 2025
error: Content is protected !!