Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal December 8, 2022 @ 5:56pm

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos 2020.

Menurut Sheila, dia sering berdoa agar diberikan kelapangan masa untuk menjaga ibunya sendiri kerana dia jarang mendapat kesempatan itu akibat kekangan karier yang membatasi segalanya.

“Tuhan menjawab doa saya ketika Covid-19 hadir. Kita semua tak boleh keluar ke mana-mana semenjak Mac 2020. Saya hanya berada di rumah dan menjaga ibu yang pergi pada Ogos 2020.

“Jadi, saya dapat masa yang penuh bermakna untuk menjaga ibu saya. Sejujurnya, saya rasa berpuas hati kerana sebelum ibu saya meninggal dunia, saya dapat tumpukan fokus selama lima bulan untuk menguruskan cinta hati saya,” katanya kepada XTRA.

Tambah Sheila, dia bersyukur dan melihat Covid-19 memberikan sesuatu yang berbeza terhadap dirinya.

“Saya dapat memberikan yang terbaik. Sebelum ini saya sering sibuk dan ada kekangan masa, sewaktu lima bulan itu, saya dapat mandikan ibu, menjaganya dan memberikan dia makan. Selepas ibu meninggal dunia, saya juga berkesempatan memandikan jenazah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Allah berikan saya masa untuk bersama ibu dan dapat memberikan sepenuh fokus untuk menjaga ibu sewaktu pandemik melanda dunia,” katanya.

Sheila ditemui oleh XTRA di sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 di Le Meridien, Petaling Jaya, semalam.

Konsert yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 18 Mac tahun hadapan itu bakal menjadi pengubat rindu peminat Ratu Jazz negara ini.

Tiket Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 boleh dibeli dengan harga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP) menerusi www.jiobuddy.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Fri, 18 Oct 2019

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Sesi pertemuan Ellie Suriaty dan Imran Bard penentu sama ada teruskan saman atau tidak

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Wed, 3 Dec 2025

DJ Lin, PERISMA Pahang Sokong Inisiatif Yayasan Al Farhain Bantu Golongan B40 Buat Pembedahan Mata Secara Percuma

DJ Lin, PERISMA Pahang sokong inisiatif Yayasan Al-Farhain beri sinar baharu untuk golongan B40.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Ala Zaaim… apa nak segannya. Rugi tau segan-segan ni!

error: Content is protected !!