Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2022 @ 2:24pm

Mas Idayu Akui Jarang Jumpa Suami – “Nampak Macam Suami Isteri Tapi Macam Tak…”

Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mengakui dia dan suami jarang berjumpa dan menghabiskan masa bersama-sama akibat sibuk dengan tuntutan kerja masing-masing.

Bagaimanapun, Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, walaupun jarang berjumpa namun mereka akan lebih banyak berkomunikasi melalui telefon.

“Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk dengan kerja masing-masing, kalau dapat balik pun mesti takkan jumpa salah seorang. Jadi kami pastikan untuk berkomunikasi melalui telefon. Ye lah, seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang. Nampak macam suami isteri tapi mcam tak.

“Tapi kalau dah dapat habiskan masa bersama-sama atau baru berjumpa kami macam pasangan baru bercinta,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Mummy Cinta Daddy Sangat-Sangat” – Genap 2 Bulan Perkahwinan, Mas Idayu Dedah Suami…

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Nak Sangat Kacau Darling Kiter, Ambik Kau!” – Suami Mas Idayu ‘Disakat’ Kawan, Majlis Jamuan Makan Tema Bollywood Curi Perhatian!

Dalam pada itu, Sufian Isa, 51,  juga berkongsi waktu maksimum berjumpa dengan isteri adalah dua kali dalam masa seminggu namun dia memahami kerjaya isterinya sebagai seorang selebriti yang juga terlibat dengan pelbagai tugasan lain.

“Bila sudah berkahwin ni, asalkan saya tahu saya ada isteri dan Mas tahu dia sudah bersuami masing-masing pandai jaga diri dan saya rasa itu tidak ada masalah. 

“Tapi pada kami perasaan rindu itu tetap ada walaupun dalam seminggu kami dapat berjumap dua kali sahaja. Alhamdulillah setakat ini kami masih bercinta dan harap terus menyayangi hingga akhir hayat,” jelasnya.

Namun, kedua-duanya mengakui tidak sabar untuk menunggu kedatangan bulan Ramadan kerana pada waktu itu lah banyak masa akan dihabiskan bersama-sama melakukan ibadah bersama keluarga.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu bakal muncul sebagai juri untuk program Famili Duo musim kedua bersama Ajai.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua yang bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 akan menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

ARTIKEL BERKAITAN:“Mummy Cinta Daddy Sangat-Sangat” – Genap 2 Bulan Perkahwinan, Mas Idayu Dedah Suami…

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Nak Sangat Kacau Darling Kiter, Ambik Kau!” – Suami Mas Idayu ‘Disakat’ Kawan, Majlis Jamuan Makan Tema Bollywood Curi Perhatian!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kalau Saya Mesti Dah Nangis…” – Netizen Tegur Tindakan Mas Idayu ‘Menyiku’ Individu Pakaikan Tudung

ARTIKEL BERKAITAN:Mas Idayu Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Mummy Okey Saja & Bahagia”

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 May 2018

Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Laman Instagram Selebriti kali ini meriah dimana rata-rata berkongsi gambar dakwat di jari menandakan yang undi telah dibuat

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

“Ada Yang Sudah Belasah Saya, Tapi Saya Okay” – Mawi

Mengakui filem tersebut masih belum mempunyai tajuk yang sesuai, Mawi turut menitikberatkan setiap babak agar mesej dalam filem bergenre komedi Islamik ini sampai kepada penonton

Featured Mon, 15 Aug 2022
Events Fri, 27 Apr 2018

Kahwin 19 Mei, Putera Harry ‘Lamar’ Abang Jadi Pengapit

The Duke of Cambridge berbesar hati untuk memenuhi hasrat dan sangat teruja untuk memberi sokongan kepada adiknya di Gereja St George, Windsor pada 19 Mei depan.