Euforia Bola 2026
Drama By: Dharnieya Nur Amelsa December 10, 2022 @ 4:04pm

Gara-Gara Penonton Benci Watak Halijah Dalam Rindu Kasih TV3, Fazlina Ahmad Daud Kena ‘Serang’ Peminat!

Pelakon Fazlina Ahmad Daud menjadi sebutan ramai selepas karakter Halijah yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 berjaya ‘menyakitkan’ hati penonton.

Akibat watak yang menjengkelkan itu, terdapat segelintir individu yang berani menyerang dan berjumpa dengan Fazlina.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fizzy_aziz, dia telah ‘menyerang’ Fazlina secara berdepan kerana terlalu geram dengan watak yang dibawa dramatis itu dalam drama berkenaan.

Walaubagaimanapun, di dalam video tersebut pelakon berusia 47 tahun itu berkata bahawa dia hanya berlakon sahaja dan hanya membaca skrip yang disediakan untuknya.

@fizzy_aziz mak mertua Ina kne marah ,sapa suruh seksa Ina kesian Ina #rindukasih @kylinbar8000official @VNG_DISTRO @vapeempiremalaysia @Bruce Samuel #kylinbar #vempirearmy ♬ bunyi asal – fhairul fizzy

“Mak mertua Ina kena marah, sapa suruh seksa Ina. kesian Ina,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat serta berasa puas melihat Fazlina dimarahi oleh peminatnya akibat watak Halijah tersebut.

“Kan dah kena marah hahaha.

“Terbaik bang. Marah lagi, marah banyak kali hahaha.

“Terima kasih bang, wakil kami marah Mak Lijah ni.

“Puas hati! Cepat marah lagi bang,” komen netizen

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang memuji lakonan yang dibawa oleh Fazlina memandangkan watak yang dibawanya semua menjadi.

“Terbaik lakonan, saya pun teruja dan terkesan dengan lakonannya sebagai mak mertua jahat.

“Suka lakonan dia. Memang menjadi.

“Memang terbaik lakonan sis. Boleh dapat anugerah pelakon terbaik,” komen netizen.

Tidak mendiamkan diri, Fazlina turut membalas video tersebut dengan mengucapkan terima kasih kerana sudah menyokong drama yang dilakonkan olehnya.

“Terima kasih atas sokongan drama Rindu Kasih. Semoga sucess ye dik. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Jaga diri dan jaga kesihatan,” balasnya.

Selain Fazlina, Rindu Kasih turut menampilkan lakonan hebat Izzue Islam, Ummi Nazeera dan ramai lagi bersiaran di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Drama Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Lima Tahun Tanpa Album Baharu, Amir Jahari Hadiahkan ‘Sila Robek Hati Ini’

Amir Jahari juga bakal mengadakan showcase sulung album Siang dan Malam di Live Fact pada 10 November ini bermula jam 3 petang. Jom datang support!

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

[VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”

Pelakon jelita, Nora Danish mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar. Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika […]

error: Content is protected !!