Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2022 @ 3:00pm

[VIDEO] Aznil Nawawi Sebak Jawab Isu TikTokers Biadap! -“Dia Kena Hadap Risiko”

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil menjawab isu ‘prank’ yang dilakukan oleh salah seorang  TikToker yang tular sejak beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram miliknya, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menjelaskan sebagai mentor dia tidak pernah menyuruh individu terbabit melakukan perkara sedemikian.

Namun, apa yang berlaku haruslah menjadi tanggungjawab individu terbabit termasuklah berdepan risiko atas perbuatannya itu.

“Pak Nil pun tak tau nak cakap apa dah. Saya mentor je, kita dah ajar yang betul bukan saya suruh mereka buat. Tapi mereka buat, jadi dia kenalah hadap risikonya. Betul tak?

“Lagipun, itu pertandingan dan dia kena ambil tanggungjawab atas benda yang dia buat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:TikTokers Buat Prank B*doh, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad – “Aku Dah Tak Lama Dalam Industri, Tapi Kalau Begini Sumpah Sampah!”

Disoal mengenai tindakan membuang individu terbabit daripada program berkenaan, Aznil bagaimanapun berpendapat ia bukanlah tindakan yang bijak kerana tindakan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah.

Bahkan, sebagai anak seni yang lebih senior, kontroversi sebegini boleh menjadikan seseorang itu belajar atas kesilapan yang pernah dilakukan.

“Buang je dia? Kalau buang saya rasa dia tak menyelesaikan masalah. Sebab dia dah buat dah benda tu. Saya pernah dulu masa muda buat salah dan ada orang yang menasihati dan bimbing saya jadi,  ini giliran saya untuk kembalikan kebaikkan orang tu.

“Saya belajar zaman muda dulu saya pun ada buat silap dan orang bagi peluang dan sampai tu lah Pak Nil belajar, bagi dia peluang, biar dia belajar, harap dia boleh jadi insan yang berguna lah nanti,” jelasnya.

 

Aznil berkata, dia menerima tawaran untuk menjadi mentor bagi program tersebut adalah untuk mengajar generasi muda bahawa perkara-perkara viral tidak semestinya dilakukan dengan ‘prank’ yang berbentuk provokasi semata-mata.

“Saya  terima tawaran untuk jadi mentor untuk program tu adalah untuk bagi ilmu nak viral tak semestinya dengan prank yang buat orang marah, buat orang suka, orang sayang. Pilihan dekat tangan anda. Saya selalu positiflah, saya takut kalau kita buang dia akan rasa dendam, marah dan kalau saya berbuat demikian maka saya anggap diri saya gagal.

“Saya pun cakap dengan dia, benda yang salah memang salah tapi tak ada perkataan tak apa. Salah tetap salah,  tapi bagi saya peluang itu adalah untuk betulkan dia.

“Kalau saya lepaskan dia macam itu je maknana, saya lepaskan tanggungjawab,” ujarnya.

 

Sementara itu, Aznil mengaku terkejut kerana menyifatkan TikToker yang dikenali sebagai Daing Ellando itu bukanlah individu biadap seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

“Saya terperanjat kerana dia bukan budak yang kurang ajar. Cakap pun baik, kalau dari mula saya nampak dia jenis yang ego tinggi, kurang ajar, mungkin approach saya berbeza. Tapi dia bukan jenis begitu.

“Kalau dia tak buat silap, nanti dia tak belajar dan dia akan jadi orang yang lebih baik kalau dia belajar dari kesilapan dia. Kalau saya ada anak, pastinya setiap seorang ada perangai sendiri kan? Takkanlah seorang tu buat salah saya nak buang dia. Saya akan rasa gagal kalaul tak dapat bentuk dia. Biar saya bagi dia peluang bentuk dia jadi lebih baik dan saya akan rasa lebih berjaya.

“Dalam pertandingan, mereka kena belajar ambil risiko, dan saya  punya iltizam buat rancangan ni ialah untuk membentuk anak-anak kita supaya tahu tentang content yang bagus. Kalau saya  berhenti, mana saya punya perjuangan? Perjuangan untuk membentuk mereka.

“Dalam perjuangan saya tentunya akan diuji dan Tuhan pilih saya, saya sendiri terima tawaran tu sebab apa? Saya nak tengok, dekat TikTok memang banyak content kadang-kadang saya sebagai orang tua rasa macam ada tanggungjawablah nak tegur, macam mana aku nak tegur.

“Jadi bila tawaran tu datang mungkin inilah masanya dan  inilah ruang untuk saya betulkan. Rugilah, saya ada banyak pengalaman, jadi rugilah kalau tak kongsi dengan mereka, “ katanya.

Terdahulu, tindakan TikToker tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen sehingga pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respons terhadap kandungan video yang disifatkan sebagai ‘sampah’.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

为林文荪量身订造!曹格:这首歌终于找到主人了

「大马好女声」林文荪自推出《这世界终会记得我的名字》迷你专辑后,成功引起关注,而专辑内的其歌曲《我的天空一直晴朗》原来是恩师Gary曹格为她量身订造!

Featured Mon, 6 Apr 2026

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

Trending Tue, 5 Jun 2018

Gadis Melayu Berhijab Ke Pentas Miss Universe?

Beliau berjaya disenarai pendek antara 20 peserta pertandingan Miss Universe New Zealand .

Trending Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Wed, 30 Oct 2024
Trending Wed, 14 Jul 2021
Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

Featured Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!