Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa December 14, 2022 @ 2:03pm

Netizen Tanya Tips Dapat Suami Kacak, Ini Respons Lucu Maryam Durian Kimchi – “You Tanya Salah Orang…”

Sudah pasti ramai mengenali pempengaruh Maryam Younarae yang merupakan isteri kepada Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering mencuit hati dengan gelagat dan telatah lucunya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Maryam yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @qijama.

Menerusi perkongsian tersebut, Maryam sedang menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang bertanya mengenai tips untuk mendapatkan suami kacak.

“Maryam macam mana nak cari suami handsome?” tanya salah seorang pengikut.

Namun, apa yang menghiburkan wargamaya adalah jawapan Maryam ketika menjawab pertanyaan tersebut.

Menurut Maryam, sekiranya dia tahu cara untuk mendapatkan suami kacak, sudah pasti dia sudah berjaya miliki selebriti Korea.

“Hm itu kalau saya tahu, you think saya kahwin dengan Nik Muhammad Ryzal? Kalau saya tahu macam mana dapat suami handsome, ha sudah dapat. Macam mana nak saya kongsi?

“Kalau you nak tanya orang ada suami hensem, you bolehlah tanya tapi you tahulah suami saya siapa. Kenapa tanya saya?  Kalau saya tahu, saya bolehlah ambil Park Seo Joon ke? BTS ke?

“Kalau saya tahu orang yang hensem, saya bolehlah buat tapi kenapa you tanya saya? Salah orang! You tanya salah orang,” kata Maryam di dalam siaran langsung tersebut.

@qijama Pecah perut tgk live dia 🤣🤣 Abaikan suara aku 🤣🤣 Abaikan jgk caption yg salah2 tu hahaa #duriankimchi #maryam #rizal #CapCut ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar respons Maryam ketika ditanya mengenai tips mendapatkan suami kacak.

“Hahaha dia kutuk suami dia gitu je.

“Weh hahaha Maryam ni random sungguh.

“Bukan main jujur dia hahaha.

“Menangis kat bucu katil Ryzal tu hahaha.

“Jujur tu baik Maryam hahaha,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Aug 2025
Trending Wed, 7 Nov 2018

Terbaiklah! Mat Redho Harumkan Nama Negara Di Perth

Juara program Fear Factor Malaysia Mohd Redha Rozlan mengharumkan nama negara selepas menjuarai Ninja Challenge League (NCL) 2018 di Perth, Australia.

Hiburan Tue, 3 Jun 2025

[VIDEO] Nabila Razali Ajak Orang Ramai Datang Kenduri Aqiqah Anak Di Kelantan

Nabila Razali akan mengadakan majlis akikah untuk anak sulung

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Featured Thu, 27 May 2021

“Fikir Dulu Sebelum Cakap..”- Persenda Pakaian Tradisi Orang Iban, Pasangan Durian Kimchi Mohon Maaf

Pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam Yunarae memohon maaf gara gara sebuah video yang tular baru baru ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh Ryzal, Ryzal menegur pakaian tradisi […]

Trending Mon, 22 Feb 2021

Selebriti Kongsi Pandangan & Pengalaman Anak Mereka Belajar Melalui DidikTV KPM

Heboh diperkatakan tempoh hari apabila ada ibu bapa bertukar jadi singa di rumah kerana mahukan anak mereka fokus belajar. Bila dah berada di rumah, memang lain sikit suasananya. Maka, tidak hairanlah kadang-kadang ada pelajar yang […]

Acara Tue, 31 Jan 2023
error: Content is protected !!