Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 16, 2022 @ 12:31pm

Qistina Raisah Tampil Bersuara Mengenai Video Tular Bersama Lelaki – “Henry Itu Abang Kandung Saya!”

Sebelum ini, pelakon remaja Qistina Raisah pernah menjadi bualan ramai apabila tular perkongsian dirinya bersama seorang lelaki di TikTok.

Tidak mendiamkan diri, baru-baru ini, Qistina tampil mendedahkan identiti sebenar lelaki tersebut yang merupakan abang kandungnya bernama Henry.

Menerusi hantaran tersebut, Qistina meluahkan rasa geramnya terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata kurang enak dan sering membuat spekulasi tanpa memeriksa terlebih dahulu.

Malah, dia turut meminta segelintir netizen yang menuduhnya itu untuk berfikir secara bijak daripada membuat andaian sendiri.

“Saya nak cakap sikit pasal berkenaan yang viral saya dan Henry itu, yang semua cakap tak kenalah, jauh beza sangatlah, ingat Tuhan, memang umur bukan penghalang tapi jumpa dekat mahkamah.

“Dah kenapa ni? Nak suruh saya masuk mahkamah sebab saya ambil gambar dengan abang saya ke? Tak adalah saya tak marah netizen, tapi saya marah segelintir netizen. Kalau nak jadi netizen tak kisah tapi jadi netizen yang bijak sikit,” katanya.

Menurut Qistina, sekiranya ingin bercakap sesuatu atau membuat andaian sendiri, pemeriksaan harus dilakukan terlebih dahulu sebelum menuduhnya tanpa asal usul periksa.

“Kalau tengok profile Henry tu bawah-bawah dah nampak muka saya ni raya dengan dia. Kalau dah raya sekali tu nampak sangatlah tu abang saya. Lepas itu kalau nak cakap apa-apa pergilah tengok dulu Instagram saya, dia ni siapa? Abang dia ke, apa semua.

“Jangan busy body sangat boleh tak hidup itu. Kadang-kadang awak itu lagi tua dari saya, tapi itulah otak itu kadang-kadang macam bongok je, sakit hati saya,” katanya di dalam video tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Apa cerita terbaru agaknya Mamat sekarang eh?

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Thu, 16 Jan 2025
Featured Sat, 1 Oct 2022

Titip Nasihat Untuk Kasih Iris Leona, Azhar Sulaiman Minta Jangan Jadi Tumpuan – “Kalau Dah Confirm, Baru Tunjuk”

Ada betul apa Azhar nasihatkan tu… Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak 😚

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

“Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Terjadi”- Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Bella Dally berkongsi tips ‘move on’ menerusi beberapa video di laman Instagramnya. Apa yang dikongsikan oleh Bella? Layari www.xtra.com.my

Featured Sun, 31 May 2020

Raffia Arshad, hakim wanita berhijab pertama di United Kingdom, hebat!

Inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia

Trending Wed, 15 Jan 2020
Trending Mon, 13 Jul 2020
Hiburan Sat, 27 Jul 2019
error: Content is protected !!