Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 20, 2022 @ 1:44pm

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah.

@kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Tik Tok, mereka saling berjabat tangan dan berpelukan sebelum semuanya pulang menuju ke destinasi masing-masing.

“Semoga bertemu kembali di titik terbaik menurut takdir. Kimi doakan kepada semua agar berjaya di dunia dan di akhirat,” tulisnya

Bukan itu sahaja, Kimi yang tidak dapat menahan sebak mengesat air matanya ketika berpelukan bersama rakan baiknya iaitu Zafir Karipap.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa sedih mereka melihat video perpisahan tersebut dan mendoakan agar hubungan persahabatan yang terjalin di Tanah Suci Makkah itu berkekalan buat selamanya.

“Kami pula yang sedih.

“Tersangat indah persahabatan yang dibina di Mekah. Tanah suci jadi saksi persahabatan kalian.

“Ya Allah sedih kan nak berpisah bila dah berbelas hari bergelak ketawa dan sedih bersama. Semoga persahabatan berkekalan sampai bila-bila,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 141,000 tontonan dan lebih 19,000 tanda suka.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Trending Sat, 9 Jan 2021
Eat Travel Sat, 23 May 2020
Featured Tue, 22 Apr 2025

Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Dibelasah -“Berapa Kali Kau C*kik Aku, Sampai Pengsan! Lepastu Tamp*r Aku”

Wanita berkenaan sering menjadi mangsa serangan fizikal dan mental yang dilakukan oleh Ammar

Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Featured Mon, 21 Mar 2022
error: Content is protected !!