Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 21, 2022 @ 1:15pm

Sibuk Bekerja & Outstation, Fizo Omar Akui Pernah Bermasam Muka Dengan Isteri – “Kadang Tu Balik Rumah Untuk Tidur Je”

Pelakon popular, Fizo Omar mengakui ada kalanya bermasam muka bersama isterinya kerana kesibukan kerja.

Menerusi hantaran di Instagram, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, tidak mudah bagi seorang suami untuk melakukan kerja isteri di rumah

“Tipu la kalau cakap orang rumah tak bermasam muka bila asyik kerja dan outstation je kan. Biasa la orang perempuan siapa nak lagi dia nak spend time borak-borak kalau bukan dengan husband kan.

“Si husband pula sibuk memanjang, ke hulu ke hilir. Ye la abang bukan kerja 9 hingga 6 sayang. Kadang tu balik rumah untuk tidur je. Back to back meeting.

“Kadang tu kita as a husband rasa kerja kita tu berat keluar rumah cari rezeki sana sini. Tapi bila cuba duduk kat tempat diorang ni, uruskan rumah dan anak-anak, sebenarnya bukan senang weh, kita cuba buat kerja diorng for few hours pun dah naik pening kan,” luah Fizo.

Dalam pada itu, Fizo juga turut menitipkan ucapan penghargaan buat isterinya. Malah, dia juga berkata setiap pasangan mempunyai peranan masing-masing dalam kehidupan rumah tangga.

“Thank you very much sayang @ffezyranesry for ur understanding n support.

“So moral of the story, masing-masing ada peranan masing-masing dan buat lah kerja masing-masing but always must be together susah senang, jangan sesekali memandang rendah benda yang kita nampak mudah mata tanpa sendiri kita cuba buat.

“Nota kaki: kejayaan datang bersama pengorbanan, nak berjaya lebih, pengorbanan pun kena lebih. Ramai yang nak tahu result bila berjaya, tapi tak ramai yang sanggup tengok proses sebelum berjaya,” kongsi Fizo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! KIP BUAT APA DI ARGENTINA

Siapa yang tidak kenal dengan “Super KIP” negara kan? Di awal usia 19 tahun , Khairul Idham Pawi atau “Super KIP” ini telah melakar sejarah dalam dunia permotoran Negara apabila muncul sebagai juara ketika perlumbaan di Argentina baru-baru ini.

Hiburan Tue, 7 Apr 2026
Trending Mon, 1 Jun 2020

Lagenda Badminton Negara, Tan Aik Mong Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Pemergian mendiang pastinya akan dirindui dalam kalangan komuniti badminton di Malaysia.

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Lisa Manoban Peluk Kucing Untuk Lepas Tekanan

Tak tau mana lagi comel…kucing ke tuan dia?

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Alif Satar Tak Sabar Tunggu Baby ‘A’

Alif Satar berkongsi rasa teruja bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Mungkin Dia Perlukan Ruang… Saya Hormat Keputusan Azar Azmi” – Hafreez Adam

Hafreez Adam hormati keputusan Azar Azmi menyepi dari industri hiburan

error: Content is protected !!