Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 21, 2022 @ 3:42pm

Berdepan Pertuduhan Ke-10 Kes Seksual, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah

Pendakwah bebas, PU Azman didakwa atas satu lagi pertuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki berumur 17 tahun di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini.

Namun, memetik laporan Harian Metro, PU Azman atau mesra disapa Cik Man, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Sehubungan itu, pertuduhan hari ini menjadikan PU Azman didakwa dengan 10 pertuduhan di tiga mahkamah selepas yang mana empat pertuduhan di Mahkamah Klang dan lima pertuduhan di Seremban pada awal Disember ini serta Oktober lalu.

Untuk info, PU Azman didakwa melakukan kesalahan itu pada waktu tengahari 22 Julai lalu di bilik sebuah resort di Hulu Langat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika terbukti bersalah.

Bagi prosiding hari ini, Norhashimah Hashim sebagai Timbalan Pendakwa Raya memohon agar PU Azman tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Namun, peguam bela PU Azman, Mohamad Zahid Ahmad pula menyatakan bahawa jaminan perlu diberikan kerana penting untuk tertuduh sediakan pembelaan terbaik bagi kes ini, malah jaminan juga diberikan kepada tertuduh dalam dakwaan kes sama di Mahkamah Klang dan Seremban.

Tambah, Mohamad Zahid percaya tidak ada alasan luar biasa mahkamah dengan budi bicaranya tidak membenarkan jaminan kerana PU Azman memberi kerjasama yang baik terhadap kes ini dan mengikut prosiding serta syarat yang ditetapkan mahkamah.

“Saya dengan rendah diri jaminan paling minimun diberika jika ia dibenarkan selepas Mahkamah Klang membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000, manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban.

“Syarat sama ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini iaitu melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di Balai Polis Rantau, Seremban serta dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan, selain pasport ditahan di Mahkamah Seremban dan perkara itu diikuti di Mahkamah Klang.

“Kakak tertuduh juga hadir dan sedia menjadi penjamin. Rayuan jaminan rendah kerana pendapatan tertuduh terjejas teruk untuk menanggung diri dan adik-beradik lain yang tidak bekerja,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, Norhashimah menyatakan bahawa tertuduh perlu dikenakan jaminan tinggi jika mahkamah membenarkannya untuk menunjukkan tahap serius kes pertuduhan.

“Kita mahu memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Jaminan tinggi juga mengambil kira kes amang fizikal dan menarik perhatian umum.

“Mohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Oleh itu, hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap awal bulan, dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan,” jelas Hakim.

Sehubungan itu, sebutan semula kes tersebut telah ditetapkan pada 10 Februari 2023.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

It’s A Girl! Congratulations To Aeril Zafrel And Wife, Wawa Zainal

Wawa Zainal and Aeril Zafril welcomes their third child in the family with warmth.

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Featured Wed, 13 Sep 2023

“Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Masuk habuk pula mata min ni 😭 Kasih sayang seorang ibu sampai syurga ❤️

error: Content is protected !!