Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin December 24, 2022 @ 6:48am

“Walau Dia Nak Bantu, Sebolehnya…” – Kes Gangguan Seksual Budak 2 Tahun, Hafiz Mahamad Tak Mahu Susahkan Caprice

Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad enggan menyusahkan orang lain, terutamanya Caprice dalam kes cabul kanak-kanak berusia dua tahun yang heboh diperkatakan, baru-baru ini.

Berbesar hati dengan tawaran Caprice yang mahu menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan kes terbabit, Hafiz mahu menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Staff Hafiz Mahamad Kena Gangguan Seksual Di Taska, Doktor Sahkan Ada Kesan Di Kemaluan – “Cikgu Masuk Dalam B****t”

“Mereka yang mengikuti saya di laman sosial pastinya tahu yang saya jarang menyentuh kes-kes sedemikian. Tetapi kali ini, apabila ia melibatkan pasukan saya yang sudah dianggap sebagai keluarga, saya kena bertanggungjawab. Saya ambil tindakan untuk mendedahkan ia di laman sosial dengan kebenaran empunya badan.

“Mengulas mengenai Caprice, saya sangat menghormatinya. Dia merupakan antara orang yang saya kenali semenjak awal terlibat dalam dunia perniagaan. Dia selalu bantu dan sokong kami, bahkan sehingga kini saya rasa terhutang budi dengan pekerti baik Caprice.

“Namun, dalam situasi sekarang, saya tak mahu menyusahkan Caprice walaupun dia mahu memberikan sokongan dan menghulurkan bantuan kepada saya. Walaupun dia boleh bantu, sebolehnya saya enggan menyusahkan dia,” kata Hafiz.

Hafiz ditemui bersama isterinya, Syafiqah Aina ketika majlis Briefing & Chillin’ with AINAA Beauty di Marriot Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Hafiz, dia terharu apabila ramai pihak yang mahu menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan kes ini.

“Saya sangat berterima kasih dan menghargai semua pihak yang memberi maklum balas terhadap kes ini, tapi saya mahu serahkan kepada pihak polis kerana tak mahu ada isu yang berbangkit nanti.

“Ada saja pihak yang kurang bersetuju dengan tindakan saya menghebahkan perkara terbabit di media sosial tetapi saya rasa saya ada hak untuk mendidik orang ramai. Saya mahu orang fokus dengan isu semasa yang melibatkan benda-benda sensitif seperti kes cabul kanak-kanak ini.

“Apa yang saya kongsikan ialah saya tak dedahkan maklumat lengkap. Saya juga kaburkan banyak bahagian video kerana mahu menjaga identiti anak tersebut. Saya juga ingin beri kesedaran kepada orang ramai untuk ‘menakutkan’ individu yang melakukan kesalahan itu dengan kuasa viral saya sebagai pempengaruh.

“Banyak sangat kes melibatkan kanak-kanak terlalu banyak berlaku, jadi saya berharap dengan apa yang saya lakukan, ia dapat dihentikan,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan telah menahan reman seorang lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada media.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

Siasatan mendapati, doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Pada masa yang sama, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Tue, 12 Jul 2022

Kes Langgar Lari: Bayi 4 Bulan Bertarung Nyawa Tercampak Di Tengah Highway, Ramai Selebriti Bantu Wanita Ini Cari Rakaman Dashcam

Allahuakbar! Difahamkan bayi tersebut mengalami kesakitan patah tulang peha, tulang pinggul dan pendarahan di otak. Update terkini, ibu mangsa dah dapat no plat individu terbabit.

Featured Sun, 1 May 2022
Selebriti Wed, 11 Oct 2023
Featured Thu, 23 Apr 2020

Tiada solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid mahupun surau

Umat Islam perlu bantu putuskan rantaian COVId-19

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

Featured Wed, 2 Jun 2021

“Jangan Pilih Influencer Sebab Terkenal, Perlu Tengok Bakat ” – Osman Ali

Baru -baru ini tular di media sosial mengenai kritikan orang ramai terhadap seorang influencer yang menjadi heroin drama terbaru. Menurut pengarah filem, Osman Ali, bakat dan kredebiliti pelakon itu sangat penting namun beliau juga berpendapat […]

error: Content is protected !!