Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 28, 2022 @ 7:17pm

“Saya Tak Nak Aib Rumah Tangga…” – Radhi OAG Mahu Berdamai Dengan Bekas Isteri

Pada April lalu, tular dakwaan bahawa vokalis kumpulan OAG, Radhi, 45, mencederakan dan memukul bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri.

Memetik laporan Berita Harian, Radhi menganggap perkara yang terjadi sebagai ujian dari Tuhan dan masih menaruh harapan agar bekas isteri terbuka hati untuk menggugurkan dakwaan sebelum perbicaraan kes bermula pada 14 Februari tahun depan.

“Kes masih berjalan dan perbicaraan akan bermula pada 14 Februari tahun depan. Saya hanya mahu berdamai, bukannya rujuk semula.

“Biarlah kemelut yang berlaku diselesaikan dengan baik. Saya sudah memaafkannya dan berharap bekas isteri juga memaafkan saya.

“Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kes dapat ditarik semula dan tidak berpanjangan. Namun, jika bekas isteri nak teruskan, saya terpaksa akur,” katanya.

Menurutnya, permintaan untuk gugurkan dakwaan tersebut adalah kerana bimbang aib rumah tangga terbongkar.

“Saya ada hubungi bekas ibu mentua dan bercerita mengenai perkara ini. Hubungan kami masih baik, walaupun saya dan bekas isteri tiada apa-apa ikatan lagi.

“Apapun, saya mohon agar Allah melembutkan hatinya. Jika masuk mahkamah, bimbang juga segala cerita dan aib lain terbongkar.

“Saya tak mahu aib rumah tangga didedahkan,” jelasnya.

Gara-gara insiden itu, sedikit sebanyak menjejaskan kerjaya seninya apabila ramai yang mula memandang serong kepadanya.

Meskipun masih trauma untuk berkahwin lagi, penyanyi lagu Slumber ini sedang mengenali hati budi seorang gadis.

“Malah, ada pihak yang pada mulanya berminat menaja album menarik diri disebabkan insiden ini.

“Tak dinafikan, ada juga rasa trauma mahu berkahwin semula, tetapi takdir Tuhan, tiada siapa yang tahu.

“Sekarang, saya sedang mengenali hati budi seorang gadis berusia 21 tahun dan masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam.

“Saya suka kepadanya kerana tidak banyak kerenah dan tiada media sosial,” ujarnya.

Untuk rekod, Radhi dan Nur Shahira telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 7, dan Muhammad, 6.

Namun, mereka telah bercerai lima tahun kemudian.

Terdahulu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Oct 2018

Sila Berlindung Jika Berlaku Fenomena ‘Awan Bergulung’

Sila Berlindung Jika Berlaku Fenomena ‘Awan Bergulung’, Boleh Undang Bahaya – Jabatan Meterologi

Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Trending Sat, 20 Jan 2018

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak ”Pakcik Tau Pakcik Orang Susah, Buta Sebab Tu Orang Tak Nak Tolong Pakcik”

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

赴中国年度盛典领殊荣!玛莎以「最具潜力新人」姿态进军中国

继茜拉成第二位受王炳智力捧的马来歌手,玛莎以「最具潜力新人」姿态 强势进军中国 。

Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

error: Content is protected !!