Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin December 28, 2022 @ 4:15pm

Hafiz Mahamad Dedah Ramai Remaja 18 Hingga 25 Tahun Pinjam Ah Long Berjuta Ringgit Sampai Muflis!

Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mendedahkan ramai remaja berusia 18 hingga 25 tahun terpalit dengan hutang hingga mencecah jutaan ringgit.

Menurut Hafiz, ramai anak muda terpedaya dengan pujuk rayu serta terperangkap dalam sistem pengurusan syarikat tertentu sehingga tak sedar mereka sekadar dipergunakan.

“Ramai anak muda terjebak dengan cerita perniagaan. Mereka terpedaya dengan pelbagai janji manis yang menawarkan bulan dan bintang walhal mereka tak ada modal pun nak mulakan bisnes.

“Bila tak ada modal, mereka mula meminjam. Ada sesetengah pihak tak bertanggungjawab yang ajar anak-anak didik mereka pinjam duit, hutang sana sini, jumpa ah long, buat pinjaman bank, pinjam duit keluarga dan saudara mara.

“Sedangkan yang untung adalah syarikat serta pemilik perniagaan, dalam diam menindas mereka demi kepentingan HQ. Modal dah keluar, untung pula tak ada sebab stok tak terjual.

“Seharusnya, semua bermula kosong. Awal berniaga semestinya mula dengan modal rendah, perlahan-lahan belajar selok belok pengurusan serta perniagaan.

“Sempena kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ kita nak mendidik masyarakat supaya mereka ada minat bisnes. Orang ramai, terutamanya belia di luar sana dah hilang minat nak ceburi bisnes kerana sikap orang kaya dan pemilik perniagaan yang bersikap tamak,” katanya.

Hafiz yang merupakan pemilik jenama Ainaa Beautu ditemui bersama isterinya, Syafiqah Aina pada majlis Briefing & Chillin’ with AINAA di Marriott Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Hafiz, dia bercakap atas kapasiti pengalaman sendiri apabila dia dan pasukannya sering ‘berjodoh’ dengan belia yang memohon pertolongan untuk bebas dari belenggu hutang.

“Ramai minat nak jadi kaya tapi terpedaya dengan mereka yang nak memperalatkan. Akhirnya mereka berhenti berniaga, tak berjaya dan hutang pula keliling pinggang. Lebih teruk, sampai ada yang muflis dan berhutang dengan ah long!

“Ada yang pernah tersilap langkah merencana bisnes dan ekonomi sendiri sampai terikat dengan hutang dan pinjaman tidak bertauliah serta menjadi mangsa diperalatkan oleh pengasas produk tempatan.

“Kalau selama ini kita mendengar orang yang meminjam ah long berumur 30 tahun ke atas, tapi sekarang, seawall usia 18 dan 19 pun dah pandai pinjam sebab terpedaya.

“Apa komitmen hidup mereka golongan muda untuk berhutang dengan ah long? Adakah mereka berkeluarga? Susah? Tidak, ramai yang masih belajar. Ini bermakna mereka dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah,” jelasnya lagi.

Justeru kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ berobjektifkan untuk memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.

Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.

Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya serta dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Nak Tahu Anda Sihat Atau Tak, Ini 6 Warna Darah Haid Yang Anda Kena Pantau

Setiap bulan, apa yang selalu wanita akan tertunggu-tunggu? Sudah semestinya kitaran haid untuk sampai betul tak? Kalau haid tak sampai pada masa yang sepatutnya, risau juga dibuatnya. Tetapi, tahukah anda bahawa warna darah haid kita […]

Gaya Hidup Tue, 27 Mar 2018

Punggung Hitam & Berselulit? Cuba Skrub Ini Untuk Hasil Yang Terbaik

Selulit di bahagian punggung merupakan antara masalah paling tidak ‘cool’ yang dihadapi oleh wanita.

Gaya Hidup Thu, 21 Jun 2018

Nak Rambut Kepuk-Kepuk Tahan Lama, Praktikkan 4 Trik Ini

Memastikan rambut yang sudah di-blow maintain kepuk-kepuk memang payah.

Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

Ayuh Sejenak Membaca Kisah Ini Bersama Anak Anda, Agar Mereka Tahu Betapa Bertuahnya Mereka

Sedih melihat foto seorang kanak-kanak dipukul oleh majikannya hanya kerana dia keletihan. Kejamnya dunia!

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Kalau anda nak tukar mood, cuba tonton seni muzik ini pula.

Featured Wed, 21 Aug 2019
Featured Tue, 5 May 2020
Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Ketahui Risiko Bahaya Akibat Tidur Meniarap

Tidur meniarap boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

error: Content is protected !!