Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 4, 2023 @ 4:53pm

“Jangan Cepat Catch Feelings” – Nasihat Azfar Heri Buka Mata Ramai Jadi Lebih Matang

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Azfar Heri sering memuat naik video menarik untuk tontonan warganet di YouTube.

Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsiannya di TikTok apabila dia memberi sedikit nasihat dan motivasi kepada pengikut yang menonton videonya.

Menerusi hantaran tersebut, Azfar memberitahu untuk tidak terlalu cepat mempunyai perasaan terhadap seseorang memandangkan tidak tahu niat dan layanan sebenar orang itu terhadap kita.

“Apa yang I boleh cakap ialah, jangan cepat catch feelings dengan orang. Sebab kadang-kadang orang itu layan kita baik ataupun maybe orang itu just suka and nak rapat dengan kita,” katanya.

Menurut Azfar, apabila kita mempunyai perasaan terlalu cepat terhadap seseorang, ia akan mewujudkan sebuah persekitaran sendiri, berkhayal dan akan berfikir dengan terlalu banyak.

Disebabkan oleh itu, Azfar berpesan untuk tidak telalu cepat menyukai seseorang walaupun ia sukar untuk dihalang.

“Tapi kita sendiri jangan cepat catch feelings lah. Sebab kadang-kadang bila catch feelings ni kita akan create kita punya own environment and kita akan jadi delusional and time itu jugalah kita akan start overthinking.

“Kita akan start rasa macam betul ke? Banyak soalan dalam otak. So what I can say is, I know it’s hard tapi jangan cepat catch feelings lah. Itu apa yang I pesan kat diri I,” akhiri Azfar.

@imnxsall Thank you azfar for this motivation #azfarheri @azfarheri #fypシ #foryoupage ♬ Tertawan Hati – Awdella

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan nasihat dan pesanan yang diberi oleh Azfar.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudah membuatkan mereka sedar.

“Betul do apa Azfar cakap. But tu lah aku ni jenis catch feelings sangat.

“Thanks for your advice!

“Terima kasih kerana telah menyedarkan saya.

“Thanks for the words!

“Agree with this thing,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 419,000 tontonan, 81,000 tanda suka dan lebih 801 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?

Events Wed, 28 Nov 2018

Let’s Be Honest, This Year’s Christmas Party is Gonna Be Lit!

Details inside. There’s an after party too!

Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Hiburan Sun, 19 Apr 2026

Hubungan Kembali Renggang, Kak KM Tidak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka

Kak KM mengakui hubungannya dengan Kak Nona kembali dingin.

Featured Wed, 16 Jun 2021

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai. Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari […]

Hiburan Tue, 30 Jul 2024
error: Content is protected !!