Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal January 4, 2023 @ 3:34pm

Petik Kata Pujangga, Ucapan Tahun Baru Hana Ismail Bakar Semangat Netizen Mulakan Hidup Baru

Tahun 2022 sudah melabuhkan tirainya, pengacara Hana Ismail menzahirkan ucapan tahun baru buat warganet agar sentiasa menjadi lebih baik dan positif.

@hanaalmauzah_Episod 4 | BISMILLAH 2023 ⚡️♬ original sound – Hana ismail

Menerusi hantaran di laman TikTok, Hana menyeru agar semua wargamaya tetap bersemangat dalam usaha memperbaiki diri untuk mencapai keperibadian yang lebih unggul.

“Kata pujangga, permulaan yang baik menghasilkan pengakhiran yang baik.

“All the best kepada anda yang sedang berusaha untuk menggapai impian masing-masing. Ingatlah setinggi-tinggi menara bermula dengan sekecil-kecil bata dan seindah-indah lukisan bermula dengan sekecil-kecil titik.

“Yang sedang tidur! Bangun dan berjalanlah, yang sedang berjalan berlarilah! Dan yang sedang berlari, terbang dan teruskan berlayar kerana Allah di dalam sangkaan hambanya, Bismillah 2023,” ucap Hana.

Menerusi ruangan komen, warganet memberitahu azam mereka di tahun baru dan ada juga wargamaya yang memuji kecantikan Hana itu.

“Manis betul muka Hana, suka tengok.

“Masya-Allah Kak Hana, love sangat. Insha-Allah doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.

“Tetap bangun keep fighting walau bukan untuk kita, tapi untuk kesayangan sekeliling kita sebab mereka perlukan kita, keep fighting,” komen peminat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Fri, 24 Oct 2025

JAIP Sahkan Kamal Adli, Uqasha Senrose Bernikah 4 November 2021 Mengikut Hukum Syarak

Bapa pengantin perempuan telah mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan

Featured Fri, 14 Jan 2022

Gara-Gara Nak Dapatkan Bonus Tahunan, Suami Isteri Penjawat Awam Guna Aplikasi Mysejahtera Palsu

Gara-gara tidak mahu dikecualikan daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu. Menurut laman Astro Awani, tindakan pasangan berusia 33 dan […]

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Wanita Cantik Ini Rupanya Vokalis Kumpulan Cokelat!

Kalau ditanya tentang muzik pilihan, saya lebih tertarik dengan akustik. Lebih tenang tetapi saya suka mencabar diri sendiri dengan mencuba benda baharu. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk sertai Cokelat,.

Trending Tue, 9 Feb 2021
Hiburan Wed, 20 Nov 2024
Hiburan Sat, 30 Nov 2019

“Boleh Bermain Emosi Melalui Raut Wajah, Tak Perlu Pegang-Pegang,” – Jalil Hamid

Ayam bermacam Ayam! Siapa ingat lagi Ayam nyanyian Jalil Hamid?

error: Content is protected !!