Featured By: Khairil Khusyairi January 10, 2023 @ 2:31pm

“Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri” – Zoey Rahman Dah Lali Dengan Tuduhan Bedah Muka

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, 38, sekali lagi menjadi bualan warganet apabila sebuah video yang dimuat naiknya di media sosial tular sehingga dituduh melakukan pembedahan pada wajah.

Memetik laporan Melodi, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, berkata, dia sudah lali dengan isu yang sering dibualkan itu.

“Bagi saya kalau mereka cakap betul, betul lah. Tapi kalau mereka rasa macam tak, tak lah.

“Isu ini sebenarnya dah lama, daripada zaman saya buat pengacaraan dan sebagainya. Kalau dorang cakap ya, iyalah, kalau tak, tidaklah.

“Bagi saya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, zaman sekarang adalah zaman teknologi, Jadi kita boleh pergi ke klinik kecantikan buat rawatan dan sebagainya.

“Sebagai pengasas dan selebriti, saya kena jaga penampilan saya, takkan lah kalau kita muka tak bersiap, berminyak, orang tak yakin dengan kita,” katanya.

Menurut Zoey, video yang dimuat naiknya baru-baru ini hanyalah kesan filter sahaja yang menampakkan perubahan pada wajah.

“Zaman sekarang ni saya main TikTok, saya sebagai selebriti saya kena ikut perkembangan teknologi sekarang, kalau lambat saya akan ketinggalan.

“Saya kena hasilkan kandungan di TikTok dan Instagram, sebab itu video saya di TikTok saya guna filter saja sebenarnya. Filter kan, nampaklah perubahan sedikit, muka jadi handsome sikit, mata jadi bulat, hidung mancung.

“Sebenarnya mereka suka pada saya kot, ataupun mereka minat dekat saya,” seloroh Zoey.
Sering dituduh berhubung perubahan bentuk muka, Zoey akui dia okey saja malah ibu bapanya juga tiada masalah mengenai perkara ini.

“Bagi saya jika semua nak terima saya, terimalah, tapi kalau anda rasa macam tak suka saya rasa menyampah, swipe. Kalau suka, like.

“Tak dinafikan, saya manusia biasa yang ada naluri dan perasaan. Kadang tu ada terguris juga lah, tapi saya malas nak fikir, kalau fikir boleh jadi gila dan stress.

“Dan satu lagi ada yang cakap ‘dah lupa dah muka lama, macam mana muka lama dia eh?’ Walhal mereka tengok muka saya ketika program Gerak Geri Gasing, ketika itu umur saya 20-an. Sekarang umur saya dah nak cecah 40 tahun dah. Memang lah berubah.

“Mungkin mereka tak ikuti perkembangan saya, tiba-tiba saya muncul di Fyp TikTok. Bagi saya, saya okey saja, yang penting sekali, saya tahu apa saya buat, ibu bapa saya pun okey tiada masalah,” tutupnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Model Dan Instafamous Ini Dipercayai Mati Di Dalam Keretanya Sendiri

Di jumpai mati di dalam keretanya dengan kesan tembakan di kepala.

Contest Thu, 25 Apr 2019

xtra好康头 | 送你黎明《METRO LIVE》云顶演唱会入门票

xtra好康头送你《黎明「METRO LIVE」云顶演唱会》入门票,让你沉浸在青春的满满回忆中!

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Terima Kasih Peminat, Ayda Jebat Terharu!

Single Balada, Pinjamkan Hatiku yang telah dilancarkan setahun lalu kini mendapat tempat dihati peminat. Ayda Jebat akui terharu dengan sokongan peminatnya.

Trending Fri, 17 Jul 2020

Tahniah! Mira Filzah Akhirnya Selamat Bertunang

Tak sabar rasanya nak tengok wedding of the year ni!

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘Keluarga Halang Saya Jadi Penyanyi Hip Hop’- Pele

“Saya juga mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika di tahun kedua dalam jurusan undang-undang. Itu yang membuatkan kedua ibu-bapa sedikit kecewa”.

Trending Fri, 29 Jan 2021

Setahun Menyepi, Syamel Tampil Dengan Genre Berbeza Menerusi ‘Halusinasi’

Wah, tak sabar nak dengar single terbaru abang Mel ❤️

Featured Sat, 19 Mar 2022