Events By: Salma Syahbuddin January 10, 2023 @ 4:13pm

[VIDEO] Fyna Jebat Didakwa Kahwin Suami Orang? Ini Respons Zainal Abidin Hassan

Selepas penyanyi, Fyna Jebat mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan beberapa hari lalu, ramai nampaknya warganet masih berteka teki mengenai status hubungan terkini pemain lagenda bola sepak itu.

Malah, Zainal Abidin juga dilihat  mengambil keputusan untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai status dirinya kepada pihak media apabila ada yang mendakwa dia kini masih berstatus suami orang dan bukannya duda seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Maaf, saya tengah meeting  (dalam mesyuarat),” katanya kepada Kosmo.

Memetik laporan Kosmo, Zainal Abidin, 62, dilaporkan turut gagal dihubungi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun menerusi pesanan WhatsApp.

Bahkan, tular beberapa klip video pendek di TikTok yang memaparkan kompilasi gambar bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu bersama isteri pertamanya.

@whck16 x baik yg sorg tu claim suami barunya ‘duda’ walhal datuk zainal abidin hassan masih bsama isteri 1tama nya ..tabah ya datin zalina 💔💔 #zainalabidin #syamsulyusof #irakazarkahwin #fynajebat #fypシ #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral ♬ Ya Allah – Wali

@whck16 Replying to @Fauziah_gee75 prhatikan tarikh …yg sorg tu ponn nk kta duda agk ii la ..ade keluarge lg . #zainalabidin #syamsulyusof #irakazarkahwin #fypシ #fypdongggggggg #fynajebat #fypage #fypシ゚viral ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Terdahulu, Fyna Jebat yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular itu dan memohon doa yang terbaik buat perkahwinannya.

“Ya. Saya dah berkahwin. Alhamdulillah. Saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi komen yang bagus.

“Saya mengharapkan anda semua mendoakan saya, famili dan perjalanan saya dalam Famili Duo.

“Maaf, saya tak boleh cerita banyak sangat. Itu sahaja yang boleh saya kongsi. Saya mohon maaf,” katanya.

Terdahulu, Fyna dan Ayda berjaya merangkul gelaran Duo of The Week untuk minggu keempat Famili Duo.

Membawakan lagi Bertakhta Di Hati nyanyian asal Farahdhiya, Fyna dan Ayda berjaya membawa pulang RM10,000.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

@xtra_my Tahniah.. Akhirnya Fyna Jebat mengaku sudah bernikah dengan bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan. #xtramy #xtratonton ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news ♬ original sound – XTRA

 

Sumber: Kosmo, TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Luah Rasa Rindu, Ismail Izzani Tayang Teman Wanita?

Wahh siapa teman wanita Mael tu?

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Cantiknya! Betul Ke Zulin Aziz Kahwin Pagi Ini?

Ia bukan gimik kerana lagu ini sudah lama siap dan patut dinyanyikan pada hari bahagia saya. Dengar tu, bukan gimik tau!

Events Thu, 24 Nov 2022

Sering Jadi Pilihan Bawa Watak Sedih, Ini Respons Amyra Rosli

Pelakon terkenal, Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama. Menurut Amyra, watak yang ditawarkan adalah satu rezeki untuknya dan isteri pelakon Amar Baharin ini tidak pernah bosan untuk memegang […]

Trending Wed, 11 Apr 2018

May 9th Officially a Public Holiday in Conjunction with GE14!

The government just announced it so that everyone can easily vote.

Featured Sat, 13 Aug 2022
Hiburan Tue, 21 May 2019

Kalau Jadi BBNU, Siti Nurhaliza Pilih Naim Daniel!

Wow, mesti happy habis kan Naim. Terbaiklah!

Trending Tue, 26 Nov 2019

Bye Bye Angels, The 2019 Victoria’s Secret Fashion Show Is Canceled As People Demand For More ‘Diversity’

It looks like there won’t be any angels strutting down the runaway this year..

Trending Thu, 15 Mar 2018

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.