Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 11, 2023 @ 4:57pm

Solekan Natural Ratu Farah Buat Ramai Terpegun – “Wow! Seriuslah Boleh Berubah Lawa Macam Ni!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh usahawan, Anas Zahrin di platform TikTok yang memaparkan pempengaruh, Ratu Farah Diva dijemput untuk menghadiri sesi penggambaran promosi produk.

Menerusi hantaran tersebut, Ratu kelihatan cantik serta manis apabila disolek ‘natural’ dan digayakan dengan hijab yang sesuai oleh stylist sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, Anas turut menitipkan pesanan buat Ratu sepanjang video tersebut dengan mengatakan bahawa Ratu merupakan seorang yang cantik.

“Ratu bukan tak lawa, Ratu bukan tak cantik cuma kadang-kadang orang lain suka tengok Ratu tak lawa, orang lain suka gunakan Ratu yang bukan-bukan. Dari dulu pun kalau Ratu dengan abang Anas, Ratu akan nampak manis dan cantik,” pesan Anas kepadanya.

Tambahnya lagi, dia berpesan kepada Ratu untuk sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling yang hanya ingin menggunakannya dan turut menyuruhnya untuk menjaga diri.

“Ingat pesan abang, dalam hidup kalau orang nak gunakan kita untuk benda yang tak elok, kita boleh cakap ‘no’. Ratu jaga diri okay, semoga Allah beri 1001 kebaikan buat Ratu. Amin Ya Allah,” akhiri Anas.

@anaszahrinBismillah, baca caption ikhlas dari abang anas..jaga diri ratu..🥰♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

@anaszahrin Setiap manusia tidak sempurna, ada silap dan banyak kelemahan. Doa yang baik baik ya semua..ratu cantik je dan baik je kalau jumpa circle yang betul Tq kak amoy untuk makeup dan yuti untuk styling tudung simple tapi sangat cantik sesuai untuk ratu..doakan tau korang #MentariHitamCheTa ♬ original sound – Dayahzubit

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Ratu itu setelah disolek dan digayakan dengan kemas serta kelihatan rapi.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa Ratu merupakan seorang yang baik, namun dia selalu berjumpa dengan orang yang hanya ingin menggunakannya.

“Sukanya tengok Ratu macam ini.

“Suka tengok Ratu gini. Kena ada orang groom Ratu.

“Lawanya Ratu! manis sangat sangat. Baru nampak cantik makeupnya.

“Cantik penampilan. Cantik cara bertudung dan cantik makeup.

“Meremang baca and wow! Serius lah boleh berubah lawa macam ni! Kita yang perempuan pun terpesona tengok. Semuanya bergantung pada circle mana dia pergi.

“Ratu ni kalau duduk atau berkawan dengan orang yang perangainya elok. Dia pun akan ikut elok lah. Dia manis sangat kalau pakai macam ni,” komen netizen.

Tidak mendiamkan diri, Ratu turut membalas di ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada Anas kerana menjemputnya menghadiri sesi penggambaran tersebut.

“Thanks abang Anas invite Ratu untuk photoshoot. Tak sangka Ratu boleh jadi cantik macam ini,” komen Ratu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 325,000 tontonan, 24,000 tanda suka dan lebih 769 komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Aug 2021

Sumbangan 415, 000 Dos AstraZeneca Diterima Hari Pertama

Kerajaan hari ini menerima sejumlah 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan dari Kerajaan United Kingdom yang bakal digunakan sebagai dos vaksin pertama. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakarsumbangan berkenaan akan […]

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

Featured Mon, 11 Aug 2025
Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

Siti Nurhaliza berkongsi detik manis menonton filem animasi Ejen Ali The Movie 2 bersama anak-anak.

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Featured Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Wed, 27 Mar 2024

“You Dah Sondol, Sekarang You Di Sondol” – Rita Rudaini Anggap Bekas Isteri Kedua Safee Sali Terima Kifarah Allah, Dakwa Tahu Kisah Sebenar

‘You tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu’ – Rita Rudaini.. Alamak! 👀

error: Content is protected !!