Events By: Salma Syahbuddin January 13, 2023 @ 11:08am

“Saya Peluk Dia, Tinggal Tulang”- Keadaan Yasin Sulaiman Membimbangkan

Abang kepada penyanyi dan komposer, Yassin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi keadaan terkini adiknya itu seusai perbicaraan di Kompleks Mahkamah, Petaling Jaya pada Khamis.

Menurut Zain, dia sedih melihat keadaan adiknya yang semakin kurus, ditambah pula dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menolak representasi yang dikemukakan Yasin.

“Rasa sedih itu memang ada. Tetapi itu lumrah hidup. Dan kita akan terus berada bersama Yasin dan berdoa insya Allah. Cuma saya amat risau tentang kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi. Tinggal tulang,” katanya.

Perkara itu turut dikongsi menerusi hantaran di Instagram milik penyanyi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)

 

Sementara itu, peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami memaklumkan, pelantun lagu Mimpi Laila itu bagaimanapun tetap bersemangat dan reda dengan ujian yang dihadapinya.

“Lawatan terakhir kami di penjara pun, Yasin memang seperti biasa bersemangat, redha dengan ujian tetapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutamanya susut berat badan yang agak ketara. Contohnya bila kita peluk dia, salam dia pun kita terasa tulang.

“Apabila kita siasat, makan, makanan dia cukup, mungkin melibatkan isu tekanan, isu kesan sampingan daripada ubat-ubat beliau. Itu kerunsingan kita. Sebab itu kita sangat-sangat berikhtiar dan berusaha agar satu keputusan yang cepat dapat diberikan kepada Yasin. Sebab semakin hari kita jumpa, setiap kali kita jumpa semakin susut.

“Walaupun beliau tetap orang yang sama, orang yang bersemangat itu, yang sentiasa positif itu tetapi keadaan fizikal badan beliau itu agak merunsingkan. Pihak keluarga lagilah bertambah runsing,” jelasnya.

Dalam hantaran yang berlainan pula, Yasin dilihat tetap memperjuangkan kanabis perubatan dan bukannya kanabis rekreasi seperti mana yang pernah dimaklumkannya sebelum ini.

“Harini berita tak berapa baik lah, sebab saya punya representasi ditolak walau macam mana pun, saya akan tetap berjuang untuk membuat representasi yang kedua.

“Dan satu lagi yang saya nak terangkan adalah kekeliruan dikalangan masyarakat kita tentang pengambilan kanabis. Pengambilan kanabvis ini ada dua kategori, kategori pertama, rekreasi iaitu ambil untuk suka-suka dan itu tidak ada kena mengena dengan apa yang saya perjuangkan. kedua, kanabis perubatan, kanabis yang digunakan oleh para doktor yang bertauliah untuk mengubati pesakit-pesakit dan ia telah diakui oleh doktor di seluruh dunia termasuklah di Malaysia,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)

 

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 10 May 2019

xtra好康头 | 送你《蔡琴2019有琴有艺演唱会》入门票

「金嗓歌后」蔡琴重返大马云顶云星剧场!xtra好康头将送你入门票,与蔡琴一同欢聚共庆父亲节。

Featured Fri, 21 Dec 2018
Trending Sat, 27 Jan 2018

Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang

Pelancong Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang Ke Dalam Sungai Oleh Pengusaha Sukan Lasak Itu

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Penyanyi Rock Naik Angin Dengan Donald Trump?

Penyanyi terkenal ini mendakwa presiden Amerika Syarikat itu telah melanggar undang-undang dengan memainkan lagu mereka.

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Trending Fri, 20 Dec 2019
Trending Mon, 9 Aug 2021