Euforia Bola 2026
Events By: Dharnieya Nur Amelsa January 18, 2023 @ 6:08pm

Timbul Gosip Cinta, Aisha Retno Selesa Berkawan Rapat Dengan Aziz Harun

Penyanyi Aisha Retno sedia menerima segala gosip mengenai isu percintaan jika isi dan tajuk utamanya itu tidak melampaui batas.

Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ini mendedahkan dia kini sedang berkawan rapat dengan penyanyi, Aziz Harun dan selesa berkongsi pendapat mengenai muzik memandangkan Aziz memulakan kerjaya muzik lebih awal berbanding Aisha.

Tambahnya lagi, dia teruja untuk berkolaborasi bersama dan ia merupakan satu peluang terbaik untuk Aisha kerana dia sudah lama meminati lagu-lagu Aziz.

“Saya berkawan baik dengan semua orang. Aziz pun dia banyak influence saya dan memberi banyak inspirasi in terms of music kerana dia sudah mulai awal dalam industri muzik.

“So, saya memang dah lama mengidolakan muzik-muzik dia. Jadi, untuk diberi peluang berkolaborasi dengan dia buatkan saya macam, okey bestnya peluang macam ini.

“Aziz seorang yang tenang dan juga menerima pendapat orang. Jadi kalau kita orang jumpa memang akan kongsi banyak information in terms of music dan sebagainya. Dia banyak bagi advice and everything so that the fun part berkawan baik,” katanya.

Ditanya mengenai risau atau tidak terpalit dengan gosip percintaan, Aisha memberitahu bahawa dia dan Aziz sudah berbincang mengenai hal itu dan mereka berdua baik-baik sahaja jika topik dan isi yang dikeluarkan itu tidak keterlaluan.

“Saya ada juga pernah berbincang dengan Aziz. Macam kita orang kalau benda-benda macam itu ada tak apa sebenarnya okey je.

“Sebab we both memang berkawan baik, but then unless kalau headline tu tidak melampaui bataslah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aisha turut memberitahu bahawa dia bakal mengeluarkan EP pertamanya yang bakal dikeluarkan pada bulan Mac ini.

Menurut Aisha, ini merupakan salah satu hadiah kepada peminatnya yang sentiasa menyokong muziknya.

“Untuk resolusi 2023, saya akan prepare sebuah EP Insya-Allah. Saya dah kumpul material daripada tahun lepas lagi dan I think it’s time untuk bagi sedikit hadiah kepada audience sebuah EP yang ada juga saya berkolaborasi dengan beberapa artis dan bulan Mac ini ia akan dilancarkan,” ujarnya.

Kata Aisha lagi, dia berharap agar semua urusannya berjalan dengan lancar dan turut tidak sabar untuk memeriahkan Konsert Patah Hati yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur 15 Mac 2023 bersama-sama dengan artis yang lain.

“Insya-Allah, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan juga Konsert Patah Hati ini,” akhirinya.

Aisha ditemui XTRA di sidang media Konsert Patah Hati anjuran ANS di Midvalley yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023 bersama lima penyanyi hebat yang lain iaitu Ernie Zakri, Naim Daniel, Noh Salleh, Nastia dan Insomniacks.

Untuk pembelian tiket boleh dibuat di laman web www.ticket2u.com.my

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

“Dulu Dibuli Kerana Kacukan, Kini Dipuji Wajah Eksotik” – Nina Kho

Nina Kho pernah dibuli oleh sepupu terdekat dan rakan sekolah

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Featured Tue, 23 Dec 2025

This Is UNIC: Live In Concert ”Full House’, Bukti Kedudukan Nasyid Masih Relevan

Lebih dua dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik berteraskan dakwah, nilai kemanusiaan dan cinta Ilahi, Kumpulan nasyid UNIC sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila…

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ & Empat Rakan Bebas Tuduhan Miliki D*dah, Namun Berdepan Penahanan Sebulan Lagi

Peguam tertuduh, Sufian Abdul Aziz, memaklumkan bahawa pendakwaan mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Bukan Mahu Tagih Simpati Apabila Elyana Dedah Sakit

Walaupun ada yang kata Elyana meminta simpati tetapi ada juga yang memberi sokongan dan dorangan untuknya.

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
error: Content is protected !!