Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 19, 2023 @ 5:27pm

“Dah Hulur Bantuan, Tak Ucap Terima Kasih, Berani Fitnah Tinggalkan Taik!” – Diana Rafar Tegur Siapa Tu?

Baru-baru ini, perkongsian terbaru pelakon Diana Rafar di Instagram Story yang berbaur seakan tidak berpuas hati terhadap individu telah menimbulkan 1001 persoalan.

Meskipun tidak menyebut nama, Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar itu meluahkan rasa kesal terhadap individu berkenaan yang tidak menghargai pemberian dan bantuan ikhlasnya.

Menurut isteri kepada pelakon Zamarul Hishan itu, individu berkenaan turut didakwa telah menconteng arang dan menjaja fitnah berkaitan dirinya.

“Tak semua orang hati perut.. betullah orang kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

“Kita dah hulurkan bantuan tak reti terima kasih tak apa, tapi jangan tinggalkan taik! Fitnah lagi? Tinggalkan cerita yang busuk!

“Canang cerita sana sini yang tak betul.. MasyaAllah..,” tulisnya.

Sementara itu, Diana turut memohon pengikutnya untuk mendoakan individu tersebut agar diberi hidayah daripada Sang Pencipta.

“Kalau siapa followers saya yang baca ni minta sedekahkan Al-Fatihah moga Allah bagi hidayah pada orang macam ini ya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak Diana mahupun suaminya, Zamarul berhubung isu berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Suara Fattah Amin Bukan Tenggelam, Dia Nak Harmony Je” – Amira Othman

Fattah sendiri memilih untuk tidak menyanyikan melodi utama

Featured Sun, 19 Apr 2020

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Denda turut dimansuhkan sekiranya lambat daftar

Trending Thu, 19 Sep 2019

Rebecca Nur Islam Tetap Doakan Eina Azman Walaupun….

Tak pasal-pasal babitkan orang lain yang tak bersalah

Trending Sat, 9 Feb 2019

Bayi Usia 9 Bulan Antara 5 Yang Terlibat Dalam Kemalangan di Kuala Nerus

Salam takziah buat family yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerus pagi tadi. Al- Fatihah

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Kami Masih Baik’- Awi Rafael

Awi memohon maaf kerana terpaksa menarik diri dari perkahwinan.

Events Thu, 24 Oct 2019
error: Content is protected !!