Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Fatin Nurain January 25, 2023 @ 10:44am

“Tak Mengapa, Saya Ada” – Naim Daniel Titip Kata-Kata Semangat Buat Sissy Imann

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tampil memberikan kata-kata semangat buat rakan duetnya, Sissy Imann untuk kekal kuat bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas rancangan Famili Duo yang bersisa dua minggu sahaja lagi.

Selepas insiden dimarahi oleh juri tetap Mas Idayu dalam program tersebut Ahad lalu, penyanyi Sissy Imann kelihatan kerap memuat naik perkongsian yang berbaur kesedihan di ruangan Instagramnya.

Bahkan penyanyi berbakat besar itu turut meluahkan kurang terujanya untuk melancarkan album terbaharunya bulan hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Gagal Tahan Tangisan Selepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Sebak Sampai Hilang Kata-Kata

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang Rasa Teruja Untuk Lancar Album Terbaharu, Peminat & Rakan Artis Ingin Sissy Imann Terus Kuat

Menyedari kesedihan rakan seperjuangannya itu, Naim menyatakan dirinya akan sentiasa bersama Sissy biarpun perlu menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu di pentas program tersebut.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Tak mengapa, saya ada. Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.

“Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka. Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.

“Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan. Tak mengapa, saya ada,” tulisnya.

Walaupun dia mengakui ada kalanya mereka ketandusan idea untuk menghiburkan penonton setiap minggu, Naim meyakinkan bahawa mereka tetap lakukan yang terbaik demi menjayakan rancangan tersebut.

“Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.

“Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal. Tak mengapa, saya ada.

“Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris. Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis. Tak mengapa, saya ada,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Terdahulu, dalam persaingan minggu keenam, Sissy menerima kritikan hebat daripada juri, Mas Idayu malah tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata.

Minggu tersebut menyaksikan Sissy dan Naim menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Peduli Dengan Kata-kata Mereka” – Mas Idayu Mohon Orang Luar Jangan Masuk Campur Hal Penjurian

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Anak Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Ini Respons Bapa Sissy Imann

ARTIKEL BERKAITAN: “I Ended Up Hurting So Many People By Singing Terribly” – Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Mohon Maaf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Oct 2021

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya. Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 […]

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Debaran Kian Terasa, Siapakah Agaknya Yang Bakal Dijulang Sebagai Bintang Paling Popular 2018?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi menghangatkan industri Seni tanah air dengan kemunculannya buat kali ke-31 selepas diperkenalkan pada tahun 1987. Kali ini, sebanyak 13 kategori dipertandingkan termasuklah satu anugerah khas bagi mengiktiraf artis […]

Featured Fri, 14 Feb 2025

Kongsi Gambar Cincin Bersama, Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini?

Majlis pernikahan dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui umum.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

‘Tak Mungkin Anak Saya Selfie Ketika Majlis Pengebumian’ – Ibu Zahirah

Sebagai ibu, beliau percaya Zahirah sudah cukup dewasa untuk melakukan sesuatu terutama di khalayak ramai. Maslinda turut menyerahkan segala keputusan melibatkan soal pilihan hidup kepada Zahirah dan enggan mengulas lanjut mengenai punca hubungan anaknya dengan Zul berakhir.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

‘Aafiyah Anak Yang Matang’ -Siti Nurhaliza

Selagi boleh, saya akan cuba bawa Aafiyah…

Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Fri, 15 May 2020
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Umum Buka Tudung, Instagram Emma Maembong Dihujani Komen ‘Pedas’

Cakap baik-baik, doa baik-baik. Bukan apa, takut pula kecaman yang disebut tu berbalik pada diri sendiri. Moh doa baik-baik untuk Emma!

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
error: Content is protected !!