Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2023 @ 7:30pm

“Tak Semua Ibu Diberi Rezeki Susukan Anak Mereka”- Uyaina Arshad Sebak, Kenang Anak Sempat Breastfeed 2 Minggu Akibat Masalah Tongue Tie

Baru beberapa bulan melahirkan cahaya mata yang pertama, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi pengalamannya berhadapan masalah menyusukan anak pertamanya, Raja Urhan Raja Shahiran menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Uyaina, tidak semua ibu diberikan rezeki untuk menyusukan anak masing-masing, kerana anaknya juga berdepan masalah sukar untuk menyusu akibat mengalami masalah ‘tongue-tie’.

“Breastfeeding is not for everyone. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka.

“Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

Berkongsi mengenai masalah tersebut, Uyaina memaklumkan, dia hanya sedar mengenai perkara itu pada minggu pertama Urhan dilahirkan.

“It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release. Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.

“Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie tu. Lepas tu kita monitor lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.

“Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya nya tongue-tie tu tak fully released,” kongsinya.

Sementara itu, pengacara program Wanita Hari Ini menjelaskan, Urhan terpaksa menjalani pembedahan untuk memahami apakah masalah yang berlaku pada lidahnya sehingga tidak boleh untuk menyusu, malah perkara itu juga terpaksa dipantau memandangkan dia masih kecil.

“Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab he was too small.

“So sejak dari tu, I started giving him susu formula. Mula-mula tu campur, I pump susu badan, top up dengan susu formula. Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama-lama susu makin kurang sebab takde skin to skin contact kot. Makin kurang sampai dah tak perlu pump dah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Uyaina bersyukur kerana anaknya itu semakin sihat dan membesar dengan baik walaupun hanya bergantung kepada susu formula.

“So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilahhh walupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur.

“Actually, isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya.

“Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stress. Bila kita stress, lagi la susu tak keluar,” katanya.

Uyaina juga sempat menitipkan pesan kepada para ibu supaya tidak berasa tertekan dengan situasi tersebut, kerana ia juga merupakan salah satu bentuk rezeki.

Bahkan, dia juga menganggap apa yang paling utama dan harus dititikberatkan adalah anak-anak membesar dengan baik.

“I just wanna say, it’s okay moms.. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha. Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik.

“Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya.

“Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Wed, 30 May 2018

“Mungkin Kami Pernah Kenal” – Syafiq Kyle Jawab Isu Video Kontroversi

Syafiq Kyle telahpun membuat sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut. Dan, menurut beliau kenyataan ini adalah muktamad dan adalah yang terakhir.

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Giliran Anak Amar, Amyra Ada Program TV Sendiri

Kini giliran anak pasangan selebriti Amar Baharin-Amyra Rosli pula! Comel habis baby depa tau.

Featured Mon, 19 Dec 2022

Video Tuju Pada Diri Sendiri Disalah Erti, Sherry Alhadad Mohon Maaf

Salah faham je ni.. Sherry pun dah minta maaf

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Mana Ada Bercinta, Kawan Saja…

Umur saya membataskan segala-galanya. Saya yakin apabila berkawan dengan lelaki muda, saya hanya layak dianggap sebagai kakak,

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tak gitu?

error: Content is protected !!