Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Khairil Khusyairi February 3, 2023 @ 5:43pm

Sedapnya! Lebih 100 Menu, Ketam Viral Sajikan Bufet Ramadan ‘Tak Lapuk Dek Zaman’

Bufet Ramadan Ketam Viral dengan temanya “Tak Lapuk Dek Zaman” kali ini membawakan keistimewaan di mana, stesen masakan secara langsung oleh chef handalan akan memasak secara langsung untuk para pelanggan.

Terdapat 5 Stesen Masakan yang berbeza dan setiap stesen menawarkan pelbagai pilihan menu menarik, termasuk stesen memanggang serta stesen masakan Malaysia yang jarang ditemui dengan aroma ‘wok hei’ dan ‘kawah’.

Selain itu, terdapat juga Stesen Masakan hidangan goreng-gorengan juga pencuci mulut yang pastinya memukau selera anda.

● Bakar Arang (Ikan, Udang, Ayam, Daging, Kambing, Menu Istimewa Hari Ini)
● Dapur Panas (Nasi Goreng, Mee Goreng, Gulai Kawah)
● Celup Goreng (Pisang, Keledek, Sayur-Sayuran, Udang Geragau, Anak Ketam, Sotong, Ulu Badai)
● Tebar Jala (Roti Canai, Roti John, Roti Jala)
● Pencuci Mulut Sejuk (Ais Kacang, Cendol, Laicikang)

Bufet Ramadan ini akan turut disediakan aneka juadah yang menyelerakan di gerai pameran makanan dengan seleksi pilihan yang lebih berat seperti;

● Bubur manis & Lemak berkrim
● Hidangan berasaskan sup dan aneka mi
● Rojak buah, Pasembur dan Gado-gado
● Pelbagai jenis nasi (Nasi Putih, Arab, Biryani)
● Makanan laut segar
● Air Balang and air panas

Pembuka Selera

● Kerabu taugeh
● Kerabu pucuk paku
● Kerabu ayam nyonya
● Kerabu daging
● Ulam-ulaman kampung
● Aneka salad
● Arancini
● Pelbagai jenis bruschetta/canape
● Hummus bersama roti
● Chawanmushi

Menampilkan pelbagai pilihan protein darat, laut, karbohidrat dan sayur-sayuran, semuanya telah diperasa dengan sempurna dan diberi sentuhan olahan citarasa yang unik oleh Chef Wan Rathnor.

Tidak kira anda peminat makanan Melayu klasik yang sukar ditemui atau hidangan makanan laut yang lazat, Ketam Viral menyediakan hidangan yang sesuai untuk setiap pelanggan.

Antara sajian ketam yang menjadi kegemaran setiap pelanggan adalah; Chilli Crabs, Salted Egg Crabs, Ketam Kam Heong, dan Ketam Buttermilk Lurpak pasti menambah selera iftar anda.

Santapan Utama A:
● Ayam masak kicap
● Daging rendang
● Udang sambal
● Siakap lemak kantan
● Ketam masak lemak
● Lasagna ketam
● Ayam gajus cili kering
● Sayur campur goreng
● Petola masak air

Santapan Utama B:
● Ayam masak merah
● Kurma kambing bersama kentang
● Siakap lemak kantan
● Udang masak lemak nogori
● Daging si hitam manis
● Mac & cheese udang
● Mongolian lamb
● Kangkung belacan
● Kobis goreng

Santapan Utama C:
● Ayam kapitan
● Daging kerutuk
● Udang Nestum
● Siakap lemak kantan
● Mussel Kam Heong
● Seafood pescatore
● Honey lemon crispy fish bone
● Fried pak choy
● Pucuk paku lemak kuning

Santapan Utama D:
● Ayam goreng berempah
● Lala black pepper
● Udang galah diraja
● Siakap lemak kantan
● Mutton varuval
● Mac & cheese mussels
● Udang cili kering/glass noodle
● Pajeri terung/nenas
● Kailan ikan masin

Condiments served:
● Sambal belacan
● Air asam kerisik
● Sambal kicap
● Sambal tempoyak
● Sambal kelapa
● Sambal belimbing buluh
● Cocktail
● Budu
● Cincalok
● Sambal kerisik

Pencuci mulut
● Hirisan kek (3 jenis)
● Kek penuh (2 jenis)
● Puding (5 jenis)
● Kuih Muih Melayu (10 -15 jenis)
● Kurma (2 jenis)
● Aiskrim Malaysia

Ketam Viral juga menawarkan suasana yang sempurna untuk tempahan Jamuan Ramadan Persendirian iaitu dengan menyediakan bilik VIP – ‘Ketam Nipah’ & ‘Ketam Bunga’ yang boleh memuatkan jumlah pax yang besar sehingga 12 orang di setiap bilik.

Untuk tempahan biasa, tempat duduk akan diatur dengan teliti bagi memastikan ruang yang mencukupi dan selesa di antara para pelanggan.

Harga yang ditawarkan ini amat berbaloi dengan pengalaman makan dan suasana yang akan anda alami:

Early Bird Specials: RM142+ (Jimat RM20) – bermula 25 Februari hingga 16 Mac 2023.
Harga Biasa RM162+
Harga kanak-kanak pada RM85+ (antara 3-10 tahun)
Kanak-kanak (bawah 3 tahun) – Percuma

Hubungi Ketam Viral untuk tempahan di 012-580 5113 atau layari laman web untuk maklumat lanjut di www.ketamviral.restaurant/ramadan-buffet-2023!

2% daripada setiap resit pembelian anda akan terus disumbangkan ke Rumah Bakti Al-Kausar & Rumah Pengasih Warga Prihatin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Untuk Tampil Lebih Tampan, Syamel Kini Turun 10kg

Semoga Syamel dapat menurunkan berat badan dengan jayanya! Jangan hangat-hangat taik ayam je okay

Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Trending Wed, 1 Jun 2022
Eat Travel Wed, 20 May 2020
Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Kesian Anggun! Lagu Duet Bersama Fazura Dikecam Teruk

Terbaru, Fazura sekali lagi melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut dan telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa, Anggun menerusi lagu terbaru mereka berjudul The Good Is Back

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

“Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Fazura mengakui tidak bahagia dan sengsara, gagal tahan air mata terkilan Fattah berlaku curang

error: Content is protected !!