Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 1, 2023 @ 1:05pm

AJL 37: Kembali Terang Bakal Ulang Kejayaan Cinta? Ini Respons Marsha Milan

Kejayaan lagu Cinta menjulang trofi naib juara pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) lalu ternyata memberi impak kepada penyanyinya sendiri, Marsha Milan sehingga kini.

Sekali lagi melangkah ke pentas AJL menerusi lagu Kembali Terang untuk edisi kali ini, Marsha mengakui banyak perkara difikirkannya untuk membawa lagu tersebut pada malam penuh berprestij yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Terus terang saya akan ‘overthinking’ selepas ini sebab persembahan Cinta di AJL 36 pun saya masih belum habis fikir lagi.

“Saya rasa walaupun ia akan lebih sukar, ia bukan semata kerana ada Ernie, Dayang, Aina dan semua yang mempunyai vokal yang power untuk AJL kali ini tetapi kerana lagu Kembali Terang sangat besar bagi saya.

“Saya pun buntu macam mana nak besarkan lagi lagu ini untuk AJL,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Marsha turut berharap perjalanan di AJL 37 akan berjalan lancar dan mendoakan semua yang terlibat kekal sihat sehingga malam kemuncak nanti.

“Saya takut setiap kali nak berperang ini pasti akan ada satu halangan ni. Saya harap tiada apa halangan untuk AJL kali ini.

“Saya doakan semua sihat sebab nak bertempur di AJL bukanlah kita boleh pandang remeh temeh. Satu Malaysia tengok.

“Baju saya rasa sudah ada ‘rough figure’ cuma dari segi arrangement juga kita tengok nanti macam mana sebab saya tak tahu nak besarkan lagi lagu ini,” kongsi Marsha.

Untuk info, pada AJL 36 lalu, Marsha mendedahkan dirinya dijangkiti Covid-19 buat kali kedua ketika sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk lagu Cinta.

AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil, anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Terima Kasih Peminat, Ayda Jebat Terharu!

Single Balada, Pinjamkan Hatiku yang telah dilancarkan setahun lalu kini mendapat tempat dihati peminat. Ayda Jebat akui terharu dengan sokongan peminatnya.

Hiburan Mon, 12 Sep 2022

“Kan Elok Sekali Sekala Berpakaian Normal” – Busana Aina Abdul Dapat Pujian Netizen

Haa macam ni nampak classy sangat! Apapun Aina memang cantik! 😍

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

“Sayang Aku Tanya Apa Khabar?” – Zynakal Akui Terkejut Bila Dayang Nurfaizah Setuju Untuk…

Penyanyi rap Zynakal, 23, kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar. Menariknya, lagu terbitan Def Jam Malaysia ciptaan Zyn, Nobita dan Chaan serta lirik oleh Zyn sendiri itu turut menampilkan […]

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

李幸倪3月登顶!首次个人大型演唱会

李幸倪明年3月登云顶舞台,在大马首次举办个人大型演唱会,唱出9年出道以来梦想路!

Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Tak ada rezeki Paksu nak tengok arwah buat kali terakhir. Salam takziah buat keluarga Hamdan Senario

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Malaysia Tiada Dalam Senarai Siri Jelajah Konsert Backstreet Boys?

Macam-macam artis antarabangsa yang datang buat konsert kat Malaysia, tapi kenapa tidak BSB?

familuv Sat, 19 Oct 2019

Panduan mudah menyusu bayi sumbing, barulah bayi kenyang!

Penyusuan lebih lancar jika ikut cara yang betul

error: Content is protected !!