Featured By: Aqilah Paharuzi February 1, 2023 @ 6:01pm

Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Konflik rumah tangga antara pelakon Bella Astilah dan suaminya, Aliff Aziz berhubung dakwaan diganggu oleh aktres baru, Sophia Albarakah semakin hangat diperkatakan.

Keadaan menjadi lebih ‘tegang’ selepas pengakuan berani Aliff yang tidak menafikan perkara tersebut.

Namun, heroin drama tersebut tidak dapat hadir ke sidang media drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ pada Rabu atas alasan kerja.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Terkini, berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram, pendedahan Bella menguatkan lagi dakwaan tersebut setelah berkongsi beberapa tangkapan layar perbualan WhatsApp antara dirinya dan Sophia.

Menerusi hantaran tersebut, Sophia seakan merayu kepada Bella dan memohon maaf serta mahu menebus kesalahannya atas segala isu yang mula berbangkit.

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang PC? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.

“Kenapa saya berani bagi statement sebab ia sahih. Saya tiada plan nak bagi apa-apa statement dah tapi bila saya tengok Sophia pun bagi statement konon tak nak involve satu Malaysia.

“Tapi inilah sebabnya dia tak nak involve satu Malaysia,” tambahnya.

Sebelum ini, Bella membuat pendedahan berhubung seorang aktres yang mahu mendekati suaminya ketika ditemui di pentas separuh akhir Famili Duo pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Komen Isu Pelakon Wanita Kacau Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah – “Patut Kena Ban Keluar TV”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Selebriti Thu, 9 Nov 2023
Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

Featured Tue, 24 Mar 2020