Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 3, 2023 @ 2:35pm

Kerap Kelihatan Bersama, Tom Sedia Berkahwin Lagi – “Keluarga Fuad Bimbang Kami Selalu..”

Kerap berkongsi momen manis bersama, penyanyi Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, mengakui dirinya sedia untuk berkahwin lagi dengan kekasihnya, Fuad Rahman

Biarpun sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan, Tom mengakui dirinya kini kembali bahagia selepas bertemu dengan Fuad menerusi sebuah program realiti, tahun lalu.

Malah, penyanyi itu juga enggan keintimannya bersama Fuad menjadi bualan netizen dengan selepas menerima pelbagai pertuduhan dan fitnah mengenai dirinya gara-gara sering kelihatan bersama.

“Saya nak berkahwin dengan Fuad sebab dah banyak orang bercakap tentang kami. Ke sana ke sini tanpa ada ikatan. Jadi saya rasa kami kena kahwin juga.

“Keluarga Fuad pun bimbang sebab kami selalu bersama walaupun pada awalnya mereka tahu saya sebenarnya tidak mahu berkahwin lagi.

“Jadi untuk mengelak daripada orang bercakap, saya cuba untuk berkahwin kali keempat, sebab saya pun sudah mengenali Fuad sebelum ini,” katanya.

Menyedari banyak perubahan yang berlaku selepas menjalinkan hubungan dengan pelantun lagu Bila Rindu itu, Tom turut menyatakan rasa gembiranya dapat menguruskan anak-anaknya bersama penyanyi tersebut.

Malah, dia juga tidak menyangka rezeki mereka berdua semakin bertambah semenjak kisah percintaannya diketahui umum.

“Sejak kisah cinta saya dan Fuad tular, rezeki kami berdua membuat persembahan mencurah-curah. Saya sangat bersyukur atas rezeki ini.

“Buat masa sekarang, saya tidak ada lagi perancangan untuk keluarkan album, mungkin suatu hari nanti. Mudah-mudahan,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Featured Thu, 29 Jul 2021

Comeback is Real! Fafau & AG Kembali Ke Hot FM, Peminat Mahukan FBI Pula

Setelah hampir 5 tahun meninggalkan Hot FM, personaliti radio terkemuka, Fara Fauzana kembali menjalankan tugas di stesen terbabit bersama rakan penyampai, AG. Kehadiran Fara dan AG dijangka merancakkan lagi rancangan GPH bersama-sama Fad Bocey. Menerusi […]

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Lagu ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 (semalam).

error: Content is protected !!