Anugerah By: Khairil Khusyairi February 6, 2023 @ 8:38am

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37), Khai Bahar berkongsi konsep yang akan dipersembahkannya pada malam penuh berprestij itu.

Bakal beraksi sekali lagi di pentas AJL menerusi lagu Sengsara, Khai berkata, dia dan team akan menyajikan penonton dengan elemen  seram dalam persembahan pada Ahad, 12 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Untuk konsep lagu Sengsara ni, kami akan tonjolkan elemen-elemen seram sebab lagu ini pun lagu seram dan apa yang saya nak tekankan adalah kesengsaraan dalam lagu ini.

“Saya cuba sampaikan supaya penonton dapat dengar dan tengok persembahan itu dan boleh faham macam mana kita nak sampaikan untuk lagu Sengsara ini,” katanya kepada XTRA.

Disoal mengenai harapan untuk merangkul sebarang trofi pada malam tersebut, Khai meletakkan ia sebagai rezeki dan juga penilaian pihak juri adalah penting.

“Setiap finalis pasti ada harapan untuk mengenggam trofi sebab itu perancangan itu memang penting.

“Apa yang berlaku pada malam itu memang setiap finalis akan beri yang terbaik dan antara 12 finalis hanya beberapa yang dapat anugerah, bergantung pada rezeki jugak.

“Kita tengok bagaimana juri menilai lagu, dan apa yang penting setiap penyanyi ada harapan untuk memenangi anugerah, Insya-Allah,” harapnya.

Bakal berentap bersama 11 finalis lain, Khai mengakui agak tertekan apabila sering menjadi sandaran untuk mengenggam trofi vokal terbaik.

Sebaliknya, penyanyi kelahiran Kangar ini mahu berikan yang terbaik pada malam itu.

“Kadangkala, apabila orang bercakap begitu, saya agak tertekan sikit sebab nak dibandingkan dengan penyanyi lain.

“Semuanya hebat-hebat dan apa yang saya fikir adalah saya hanya mahu buat yang terbaik pada malam itu. Menang atau tidak belakang cerita. Harapan untuk menang anugerah itu memang ada.

“Saya nak berikan yang terbaik, nak dengar sedap sebab ramai yang akan menonton di rumah dan di Axiata. Saya cuma nak beri yang terbaik,” katanya.

Menganggap dirinya adalah pencabar sebenar untuk edisi kali ini, Khai berkata dia memikul tanggungjawab untuk menyanyikan karya orang dengan baik.

“Rasanya tiada siapa. Semua memang hebat. Diri saya sendiri adalah cabaran saya. Sebab lagu Sengsara ini bukan lagu saya, ia adalah lagu ciptaan daripada Omar K, John Jeeves dan Firdaus Rahmat.

“Sebab saya yang bawakan lagu ini, jadi saya perlu lawan sebab nak bawa lagu orang ke pentas AJL saya kena sampaikan dengan baik,” jelasnya.

Untuk info, Khai pernah memenangi anugerah Penyanyi Pilihan Popular bersama rakan duet, Aina Abdul menerusi lagu Nafas Cinta pada AJL 36.

AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil, anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots […]

Featured Wed, 8 Sep 2021
Featured Fri, 2 Dec 2022

“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Kalau anak-anak gembira, ibu dan keluarga mentua setuju, saya akan okay – Shuib

Trending Thu, 9 Jul 2020
Featured Mon, 22 May 2023

Kongsi Foto Berkemban, Individu Titip Komen Lucah Melampau? Ini Respons Padu Sharifah Sakinah!

Style masing-masing, kita doakan yang baik-baik je okay! ☘️

Trending Fri, 13 Mar 2020
Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Hiburan Tue, 3 Mar 2020

COVID 19: Pegawai Dan Staff Istana Antara Yang Perlu Jalani Ujian Saringan Kesihatan

Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini

Fab Foodies! Mon, 1 Apr 2019

Eat More Local Fruits and a Bunch of Delicious Malaysian Dishes at Paya Serai

A special themed Ramdan buffet is what you need to buka puasa to.