Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 3, 2023 @ 4:11pm

Sudah Lama Menyimpan Perasaan Kepada Suami Aisyah Hijanah, ‘Penyondol’ Ini Bersedia Nak Jadi Madu

Baru-baru ini, isu ‘penyondol’ rumah tangga sedang hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Terkini, usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah pula mendedahkan ada wanita niqabis yang cuba untuk mendekati suaminya, Mohd Hazalif.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, wanita tersebut menghantar mesej peribadi dan emel bahawa dia menyukai suaminya dan bersedia untuk hidup bermadu.

Bukan itu sahaja, wanita itu memberitahu sudah lama menyimpan perasaan terhadap Alif dan pernah mengikuti mereka membuat ibadah umrah dan perhatikan mereka daripada jauh.

Menurut Aisyah, kebahagiaan yang dikecapi hari ini adalah daripada kesusahan hidup mereka bersama dahulu dan berpesan kepada wanita itu untuk berhenti berharap.

“Kalau awak mengharapkan nak menjadi yang ‘kedua’ disebabkan awak nampak dia buat macam-macam untuk saya, percayalah awak tak akan dapat apa yang saya dapat.

“Sebab saya bersama dengan dia daripada tiada apa-apa. Kami bina semuanya bersama sampailah apa yang kami ada sekarang.

“Kalau awak hadir untuk rasa apa yang saya rasa, minta maaf sangat, awak tak akan dapat,” ujarnya.

Mengulas tentang isteri-isteri yang teraniaya akibat suami curang, dia menasihati supaya kaum wanita perlu ada sumber pendapatan sendiri supaya tidak bergantung kepada sesiapa jika terjadi apa-apa.

“Kita kena ada duit atau pandai cari duit supaya kalau lelaki kena sondol pun kita masih boleh teruskan hidup, upah peguam yang bagus untuk beri pengajaran kepada penyondol dan boleh sara anak-anak.

“Kita sendiri boleh memilih nak cari suami orang ataupun lelaki bujang. Kalau tindakan kita akan rosakkan keluarga orang, sebaiknya kita hentikan.

“Biarlah kehadiran kita disayangi, bukan dibenci,” jelasnya.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, 2, dan Muhammad Hassan Syarif yang kini berusia empat bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Trio Terhangat Dipasaran Ini Bakal Kembali Dalam Pentas KRU25!

Melihat pada tarikh keramat tersebut, KRU kini dilihat sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dalam membuat persiapan menjelang konsert #konsertgergasikru25 itu nanti

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Ikatan Kita

Gadis ini merupakan anggota kumpulan Bahiyya Haneesa.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Tue, 7 Apr 2020
Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

error: Content is protected !!