Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 11, 2025 @ 9:43pm

Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito Bersatu Dalam Malam 3 Suara, Bakal Gegarkan Pentas Ahad Ini!

Detik yang dinanti peminat muzik Indonesia di Malaysia akhirnya kian hampir. Tiga penyanyi kesayangan ramai, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal muncul bersama dalam konsert Malam 3 Suara yang berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Konsert anjuran Strategy X Entertainment Sdn. Bhd ini dijangka menjadi antara persembahan paling eksklusif tahun ini, menyatukan tiga vokal terkenal dalam satu malam yang direncanakan penuh teliti. Peminat bukan sahaja akan menikmati karya-karya popular mereka, tetapi juga persembahan istimewa yang menampilkan lonjakan emosi, penceritaan baharu dan gabungan suara yang tidak pernah disaksikan sebelum ini di Malaysia.

Malam 3 Suara menampilkan format unik melalui gabungan segmen solo, duet dan persembahan trio. Antara keistimewaan konsert ini ialah pertukaran lagu antara artis, sesuatu yang dirancang bagi memberikan dimensi segar kepada lagu-lagu yang sudah sinonim dengan peminat.

Rizky Febian menyatakan bahawa projek ini memberi pengalaman yang sangat berbeza buat mereka bertiga.

“Kami sangat teruja kerana ini pertama kali tampil bersama di Malaysia. Bukan sekadar bawa repertori masing-masing, kami juga akan cuba lagu antara satu sama lain dan berkolaborasi dalam beberapa bahagian. Konsep yang diatur sangat menarik dan kami mahu hadirkan sesuatu yang terbaik untuk semua yang datang,” kata Rizky.

Fabio Asher pula melihat konsert ini sebagai gabungan muzik yang sarat variasi.

“Saya dan Anggi lebih sinonim dengan balada, manakala Rizky pula membawa karakter yang lebih relaks. Bila digabungkan, ia menghasilkan sesuatu yang luar jangkaan. Ada beberapa lagu yang buat saya keluar dari rutin biasa, ini pengalaman baharu bukan sahaja untuk penonton tetapi untuk kami juga. Di Indonesia pun kami belum pernah berada dalam konsert bersama,” ujar Fabio.

Anggi Marito turut menegaskan bahawa konsert ini tidak hanya akan membuai penonton dengan lagu-lagu mendalam, tetapi juga suasana yang lebih ceria.

“Malam 3 Suara bukan sepenuhnya tentang emosi. Peminat juga akan dibawa ke momen yang lebih gembira. Kami bekerja keras untuk pastikan ada kejutan buat penonton Malaysia. Saya juga akan membawa lagu terbaru yang ditulis oleh Fabio, jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir,” kata Anggi.

Ketiga-tiga penyanyi ini turut sepakat bahawa konsert ini tidak dibina sebagai pentas bersaing, sebaliknya sebagai persembahan kolektif yang menonjolkan kekuatan masing-masing secara seimbang.

“Setiap segmen disusun agar memberi ruang yang adil kepada kami bertiga. Fokusnya adalah pada perjalanan keseluruhan konsert, bukan soal siapa yang lebih menonjol,” jelas Anggi.

Konsert selama lebih dua jam ini bakal menyajikan lebih 20 lagu, termasuk persembahan solo terkurasi, duet khas serta beberapa lagu trio yang menjadi nadi utama Malam 3 Suara. Antara lagu yang bakal menggamit sorakan peminat termasuk Hingga Tua Bersama, Bertahan Terluka, Rumah Singgah, Tak Segampang Itu serta Cara Mencintaimu.

Dengan keunikan warna suara yang saling melengkapi, Malam 3 Suara dijangka menjadi antara persembahan paling diingati tahun ini. Tiket masih boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.my/malam3suara dengan harga bermula RM188 hingga RM448.

Segala persiapan kini hampir sempurna. Rizky, Fabio dan Anggi mengesahkan mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk menghiburkan peminat Malaysia pada malam penuh magis itu. Malam 3 Suara akan menjadi ruang yang mengumpulkan harmoni, cerita dan memori baharu yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang hadir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden.

Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Jennie BLACKPINK Sudah Ada Kekasih Hati?

Penyanyi wanita berusia 22 tahun yang menjadi kegilaan peminat dunia ini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai. 

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Aliff Syukri Says It’s OK to Buy Fake Items Instead of Original Products

He seems to be very supportive about stealing intellectual property.

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Featured Sat, 31 May 2025
Trending Sat, 29 Feb 2020
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

An Honest Mistake To Release Epic EP Album of All Your Favourite Songs

This epic band is basically standing up against all the ignorant people through their album. Plus, you can meet them and even get the chance to chill out with them!

error: Content is protected !!