Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 4, 2023 @ 1:59pm

Tak Suka Video Ayah Berjumpa Anak-Anak Tersebar, Mak Tiri Madammu Ugut Nak Saman RM10 Juta?

Usahawan terkenal, Eriyca Baiduri atau dikenali sebagai Madammu mendedahkan ibu tirinya hendak menyaman RM10 juta gara-gara video perjumpaan adik-beradiknya bersama bapa tersebar.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, adik-beradik Madammu akhirnya bertemu dengan bapa mereka selepas 30 tahun tidak berjumpa.

“Adik beradik Madammu pergi melawat ayah di kampung selepas selama 30 tahun tak berjumpa. Madammu tak dapat pergi kerana masalah kesihatan.

“Kali pertama bawa jumpa cucu. Happy tengok ayah Madammu senyum dapat jumpa cucu-cucu,” ujarnya.

Namun, dia tidak menyangka bahawa pertemuan mereka tidak disukai oleh keluarga tiri kerana dikatakan telah menceroboh privasi mereka sekeluarga dengan memuat naik video tersebut di TikTok.

Malah, ibu tiri itu menyuruh video tersebut dipadam dan mengugut untuk menyaman mereka jika tidak berbuat demikian.

“Anak Rashid tak suka lah video ayah dia tersebar merata-rata sekarang. Ayah dia bukan artis bukan influencer tau.

“Better delete video yang missD dan Datin post dekat TikTok dengan seberapa segera sebelum disaman RM10 juta,” katanya.

@eriyca.baiduriMadammu simpan disini buat kenangan! I miss him 💜

♬ original sound – Noir

Terkini, menerusi sesi siaran langsung Madammu di TikTok, dia menjelaskan bahawa pertemuan adik-beradiknya dengan bapa hanya sebentar sahaja.

“Bukan jumpa pergi bermalam dua tiga hari tak balik rumah mak cik, jumpa sekejap je. Datin (kakak) kata tak sampai sejam pun. Pergi makan sekejap lepas tu dah balik,” jelasnya.

Difahamkan, Madammu dan adik-beradik telah terpisah dengan bapa mereka kerana dilarang oleh ibu tiri tersebut untuk berjumpa anak-anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Eat Travel Sat, 2 May 2020
error: Content is protected !!