Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 10, 2023 @ 1:04pm

“Ia Memalukan! Pergi Set Bukan Untuk Meny*ndal” – Nabila Huda Anggap Isu Pelakon Ganggu Rumah Tangga Boleh Rosakkan Industri

Pelakon Nabila Huda menjelaskan niatnya meninggalkan komen mengenai isu pelakon mengganggu rumah tangga bukanlah semata mahu menimbulkan kontroversi.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3, Nabila berkata adalah penting bagi seorang wanita untuk menjaga maruahnya lebih-lebih lagi bergelar seorang pelakon.

“Saya bukanlah niat nak menimbulkan kontroversi, nanti orang cakap dia ni dah suam-suam saja nak cari fasal ke, tak sebenarnya.

“Sebagai perempuan yang paling penting adalah kita nak kena jaga maruah. Ramai wanita kat luar sana tak ambil serius fasal maruah. Bila saya tengok dan baca, banyak sangat isu yang tak manis didengar terutamanya pelakon.

“Memang tak boleh lari daripada kontroversi, bila saya baca berita mengenai ada hubungan dengan suami orang, ganggu rumah tangga ini jadi benda itu tak baik untuk seorang wanita,” katanya.

Nabila yang juga bekas pengacara Melodi turut mempersoalkan tujuan hadir ke set penggambaran untuk apa sekiranya ada isu peribadi bersama pasangan pelakon.

“Sebagai ibu dan kakak, saya persoalkan kenapa benda ini terjadi lagi? tak boleh ke diperbetulkan atau belajar dari kesilapan lalu. Benda ini akan merosakkan kerjaya. Kenapa perlu terlibat dalam hal begini? Niat nak pergi set itu apa?

“Tujuan datang ke set untuk memperagakan apa yang ada di badan atau kecantikan ataupun kemantapan badan untuk goda orang? Bukankah niat sebagai pelakon adalah baik tetapi kenapa benda sebegitu terjadi?

“Saya tak boleh terima jika pelakon pergi set untuk ciptakan keserasian tapi sebenarnya ada isu peribadi seperti ada hubungan bersama. Saya memang tak boleh kerana ia agak memalukan,” jelas Nabila.

Dalam pada itu, Nabila menasihatkan pelakon jangan mencampur urusan kerja dengan peribadi kerana ia akan merosakkan industri seni.

“Ada pelakon yang betul dedikasi tentang kerjaya tetapi disebabkan kesilapan mengarut yang dibuat mereka yang tidak matang ini dia akan merosakkan industri pada pandangan orang mengenai kerjaya kita.

“Elaklah, banyak lelaki kat luar sana. Jangan campur kerja dengan hal peribadi. Untuk pelakon baharu, anda perlu jujur, masuk industri sebab kerana mahu popular atau saja nak masuk set menggatal dan dapat orang yang terkenal, mempergunakan untuk kepentingan diri lebih baik berhenti. Jangan rosakkan.

“Kesianlah, lagi-lagi yang sudah mempunyai anak. Cuba letak diri anda sendiri di posisi tersebut. Mungkin tidak sekarang, satu hari karma akan datang juga. Ingat pergi set bukan untuk pergi menyundal,” tutup Nabila tegas.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Aug 2021

Semuanya Sedap! Antara 5 Pencuci Mulut Terkenal Di Malaysia, Mana Satu Kegemaran Anda?

Malaysia adalah negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ni bersatu padu, mestilah kerana makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka! Haa.. Memandangkan negara […]

Trending Fri, 5 Oct 2018

女教师自费改造「Hello kitty教室」学生都很快乐!

一定有不少女孩都是Hello kitty控吧?

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Memang Kelakar! 29 Pelakon Hebat Bergabung Dalam Filem Libang Libu, Janji Hiburan Santai Penuh Makna

Menampilkan 29 orang pelakon berpengalaman dan pemenang anugerah, filem Libang Libu hadir dengan pendekatan santai,

Featured Thu, 25 Feb 2021
Events Wed, 12 Sep 2018

Erk…KOPI Buat Kamu Bergelut Dengan Emosi?

Sebuah siri antalogi Fixi yang mendapat sentuhan penerbit eksekutif, Faizul A. Rashid, Hafiz A. Rashid  dan Kamil Hashim ini membongkar isu kontroversi selain merungkai topik kontemporari tanpa tapisan.

Events Wed, 26 Sep 2018
error: Content is protected !!