Featured By: Maya Basir February 5, 2023 @ 4:52pm

“Hari-Hari Orang Datang Manja-Manja, Nak Rehearsal Tak Boleh Kalau Tak Ada Hero…” – Ini Sebab Bella Astillah Dedah Sikap ‘Penyondol’

Hangat diperkatakan tentang isu suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Aliff Aziz cuba didekati heroin ketika menjalani penggambatan drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, baru-baru ini.

Terdahulu, Bella membuat pendedahan dan memuat naik tangkapan skrin mesej pelakon wanita itu yang mengakui telah tersuka kepada Aliff.

Memetik laporan Melodi, Bella memberitahu dia bertindak sedemikian kerana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada keluarganya.

Malah menurutnya, sebagai seorang manusia jika digoda setiap hari, iman seseorang pasti goyah.

“Saya buat macam ni sebab untuk mengelakkan benda yang lagi teruk terjadi. Saya bimbang dan penggambaran tersebut pun masih berbaki sebulan lagi.

“Kalau saya tak buat macam ni, apa kesudahannya? Kalau nak kata saya kena nasihat suami dulu, betul itu memang cara yang tepat.

“Tapi kalau hari-hari orang datang manja-manja, nak rehearsal tak boleh kalau tak ada hero. Kita elak, tapi kalau hari-hari takut juga kalau suami saya tersuka macam mana?

“Kalau kata poligami, memang saya tak setujulah dan saya tak mahu sampai ke tahap itu. Sebelum ia terjadi lagi, saya buat benda ni,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga pernah berlakon dengan suami orang iaitu pelakon Zamarul Hisham dan tidak pernah sesekali berhubung di telefon.

Pada masa sama, Bella menasihatkan supaya pelakon wanita itu memperbetulkan semula niat untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga.

“Kepada pihak sana, kita kalau berlakon kena betulkan niat untuk mencari rezeki terutama untuk keluarga kita,” ujarnya.

@melodiberapi Betul la tu apa yang Bella Astillah buat!! Siapa tak marah kalau ada orang kacau suami kita #meloditv3 #fypシ #tv3 #panas #sofiaalbarakbar #bellaastillah #alifaziz ♬ original sound – Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Majlis Doa Selamat Buat Elyana Anjuran Kelab Peminat

Teman baik Elyana, Zuhairry Zainal memberitahu, ahli kelab sebulat suara ingin mengadakan majlis tersebut sejurus mendapat tahu Elyana sedang bertarung melawan penyakit itu sejak tujuh tahun lalu

Trending Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Semoga segala urusan bersalin anak kedua Hanis dipermudahkan Allah SWT… Insya Allah.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Haa, nak tahu samada Hael bawa lagu versi balada ke tidak, tungguu!

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Acap Kali Diaju Gelaran ‘Nista’, Shila Amzah Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Kenapa Kena Cakap Macam Hidup Saya Terhutang Pada…”

Tu la gais sebelum cakap apa apa fikir dulu ya ☺️ Dengar ni pesanan Shila, jangan sesuka hati label orang lain yang bukan bukan ya 😌

Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024