Trending By: Padin March 18, 2024 @ 5:49pm

Tampil Dengan Koleksi Raya Terakhir, Rizman Ruzaini Mahu Beri Fokus Terhadap….

Setelah empat tahun memeriahkan fesyen Raya tempatan dengan koleksi sempena Syawal untuk para pelanggannya, jenama fesyen lokal terkemuka, Rizman Ruzaini akhirnya mengumumkan bahawa Koleksi Raya RR 2024 adalah koleksi terakhir buat jenama itu di bawah label RR by Rizman Ruzaini.

Kenyataan itu dikongsi Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dalam acara Meet & Greet dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Rumah Raya Rizman Ruzaini di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Sangat sukar untuk buat keputusan ini. Bagaimanapun, keputusan ini dibuat selepas permintaan di luar negara sangat memberangsangkan. Malah, ramai selebriti ternama di luar negara yang berminat untuk mengenakan busana daripada kami. Jadi, antara lain tujuan kami mengambil keputusan ini kerana mahu mengharumkan nama negara.

“Itu matlamat utama kami. Selain itu, kami merasakan sukar untuk buat dua perkara dalam satu masa, jadi kami mahu fokus untuk meletakkan jenama dari Malaysia di peta fesyen dunia,” katanya.

Keputusan itu dibuat memandangkan selepas ini jenama itu akan memfokuskan sepenuh komitmen kepada label Rizman Ruzaini di mana akan meluaskan jenamanya ke pasaran antarabangsa.

Ini rentetan daripada kejayaan mereka ketika menyertai Dubai Fashion Week tahun lalu. Dari situ, nama Rizman Ruzaini mula menjadi sebutan dan rekaan mereka kian mendapat tempat di pasaran timur tengah.

Tidak berhenti di situ, Rizman Ruzaini juga dalam senarai jemputan untuk mengadakan pertunjukan di Paris Fashion Week dan beberapa selebriti antarabangsa dikhabarkan bakal menggayakan helaian Rizman Ruzaini.

Justeru, cabang tugasan yang lebih mencabar sudah dijangkakan dan mereka terpaksa memberi keutamaan kepada pasaran global setelah hampir dua dekad memeriahkan pasaran domestik.

Menurut Rizman lagi, inilah masanya untuk peminat mereka dan RR Royalties khususnya mendapatkan koleksi Raya RR 2024 ini.

”Ia agak menyentuh hati untuk memberitahu perkara ini tapi inilah langkah terbaik jika kami mahu jenama Rizman Ruzaini terus meneroka pasaran yang lebih luas sambil membawa nama Malaysia di pentas dunia. Kami seru kepada semua RR Royalties untuk cepat-cepat dapatkan koleksi raya ini, jadikan ia kenangan paling manis sebagai baju raya anda tahun ini,” ulasnya.

Acara Meet & Greet ini telah dibuka kepada semua pelanggan yang datang membeli-belah di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Mereka berpeluang bersuai-kenal bersama pemilik jenama Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil di samping beramah-mesra dengan muses koleksi Raya RR 2024, Rozita Che Wan dan Idris Khan. Turut mengadakan persembahan istimewa ialah Liza Hanim dan kumpulan De Fam.

Lebih istimewa lagi, acara ini juga adalah untuk meraikan ejen-ejen daripada jenama makanan terkenal, Mamasab yang buat pertama kalinya menjadi ejen rasmi Koleksi Raya RR 2024.

Menurut Rizman, mereka amat menghargai kolaborasi yang diadakan bersama Mamasab ini kerana ia memberi kelainan buat jenama itu apabila dua jenama lokal berbeza industri bergabung sempena Syawal tahun ini.

Dalam majlis berbuka puasa itu juga, pihak Rizman Ruzaini turut berinfak untuk 100 pek makanan yang diedarkan kepada semua tetamu yang datang ke Rumah Tangsi. Ini adalah salah satu sumbangan kecil mereka dalam merai dan menghargai pelanggan mereka di samping mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia.

Koleksi Raya RR 2024 ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 dan boleh juga dibeli melalui atas talian di www.rrbyrizmanruzaini.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Trending Fri, 7 Jun 2019

研究:每天午睡1小时!大脑年轻5岁

快告诉老板!研究:每天午睡1小时思维Up,脑再年轻5岁。

Featured Thu, 20 Jul 2023
Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

Trending Tue, 22 Dec 2020