Hiburan By: Padin February 6, 2023 @ 11:19am

Selepas Sebulan Pencarian, Akhirnya Fizi Ali Bertemu Jodoh Dengan Aisha Mazlin

Selepas sebulan melakukan pencarian, akhirnya penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali bertemu jodoh dengan gadis bernama Aisha Mazlin.

Jangan salah sangka kerana ‘jodoh’ ini dicari menerusi satu kempen pencarian penyampai radio iaitu Fizi Cari Jodoh DJ yang mencari bakat baharu sebagai penyampai radio atau gandingan baru untuk Fizi di segmen Hot Squad yang keudara pada sebelah petang di Hot FM.

Bermula 8 Januari lalu, 16 orang peserta yang dipilih menerusi demo video duet mereka bersama Fizi di Instagram dan TikTok berjaya ke peringkat seterusnya. Hanya enam peserta yang telah dipilih untuk ke pusingan akhir dan mereka menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kelas harian bersama Fizi serta penyampai radio Hot FM yang lain, tugasan membuat Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan serta kandungan digital.

Mereka dinilai berdasarkan dua pecahan markah iaitu 30 peratus hasil undian orang ramai dan 70 peratus daripada Fizi dan pihak pengurusan Hot FM.

Aisha berjaya menewaskan lima lagi finalis iaitu Asha Faudzi, Affiq, AG Hafiz, Aleya Lee dan Nisa Kay di pusingan akhir Fizi Cari Jodoh DJ berlangsung di The Paddock, Petaling Jaya, malam tadi.

Aisha telah berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 serta kontrak selama setahun bersama Hot FM.

“Semua peserta telah menunjukkan usaha serta prestasi yang cukup memberangsangkan. Saya amat berterima kasih kepada kesemua peserta yang telah menghantarkan penyertaan mereka untuk Fizi Cari Jodoh DJ ini. Menang atau kalah itu adat pertandingan.

“Saya harap yang tidak berjaya pada malam ini akan terus sukses dengan apa jua jalan yang mereka pilih,” kata Fizi.

Pusingan akhir Fizi Cari Jodoh DJ ini juga telah berkolaborasi bersama Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) dengan acara ‘Hot FM Fizi Cari Jodoh DJ X Showcase Anugerah Juara Lagu 37’ di The Paddock.

Turut memeriahkan acara pada malam tadi adalah finalis-finalis AJL 37 seperti Alif Satar & The Locos, Shiha Zikir serta Noki dan MK.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Events Wed, 16 Oct 2019

陈政仁力邀李佩玲合唱!MV拍完近三年「终于」面世

歌曲其名,由Jin陈政仁和Jeryl李佩玲合唱的《I’ve Been Loving You Too Long》MV拍完近三年终于面世!

Events Tue, 5 Nov 2019

APink, K-Clique and More to Heat Up The Stage of LAZADA 11.11 Super Show This Year!

Countdown to the biggest one day sale with the Lazada 11.11 Super Show!

Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Trending Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Bergabung Meletup” – Nyanyian Nuha Bahrin & Nissa Sabyan Buat Peminat Teruja

Wow!! Nuha duet dengan Nissa Sabyan guys! Letupss arab dia orang!!

Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥