Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 7, 2023 @ 12:58pm

“Alkisahnya Bermula Dengan…” – Shila Amzah Mengaku Jalin Hubungan Cinta Dengan Ubai?

Spekulasi mengenai hubungan rapat penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai Mz akhirnya terlerai apabila mereka tampil memberi penjelasan.

Menerusi sesi siaran langsung (live) di akaun TikTok @ubaimz, jejaka tersebut mengakui bahawa sudah menyukai Shila sejak dirinya berumur 13 tahun lagi sebagai seorang peminat.

Namun, dia mula mendekati Shila ketika penyanyi itu berada di dalam fasa yang lemah akibat daripada penceraian perkahwinan terdahulu.

“Saya suka dekat si Shahila ni daripada saya form 1 pada 2011, pastu saya follow Kak Sha (Shila Amzah) dekat Twitter.

“Dipendekkan cerita, saya mula mendekati Shahila pada waktu dia berada di fasa yang sangat-sangat bawah.

“Masa tu dia baru lepas bercerai dan dia tiada siapa-siapa waktu itu, dia live TikTok dia nangis. Saya macam budak ni sakit ni dan saya mendekati dia dan ada untuk dia waktu dia susah, sedih semua. Saya tenangkan dia,” kata Ubai.

Malah, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 33, menjelaskan bahawa hubungannya dengan Ubaidillah, 25, direstui ahli keluarga.

“Parents saya semua okay je dengan dia (Ubai), adik beradik saya semua okay dan korang jangan cakap tak direstui ke apa benda sebab yang sebelum-sebelum itu mungkin ada sebabnya kalau orang tak suka kan?

“Tapi this time around saya boleh buat keputusan sendiri jadi jangan risau,” jelas Shila.

Mengenai perbezaan jarak umur, Shila akui ia bukan suatu faktor penting kerana sebelum ini dia pernah berhubungan dengan lelaki yang lebih berusia namun tidak berpanjangan.

“Sebenarnya disebabkan Ubai muda, tapi my ex pun muda jugak, so saya pun macam okaylah mungkin bukan faktor umur dan saya pernah cuba dengan seseorang yang lebih tua tapi tak boleh.

“Dah lama dah selesa dengan Ubai semua pastu tak tahu pada satu hari sesuatu terjadi yang menyebabkan saya terfikir. Alkisahnya, cinta bermula dengan skuter.

“So itulah dia dan doakan yang baik-baik,” tutur mereka sebelum menamatkan sesi live.

Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila mengumumkan telah bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, Shila dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais, 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Jan 2019

Ramai yang memuja kecantikan Imma, sayangnya dia hanyalah sebuah boneka… 

Melihat seleksi foto-fotonya, memang sukar mempercayai bahawa Imma adalah patung! 

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Shiha Zikir Kongsi Tips Buat Peserta Mentor 7

Bukan senang, nak senang ya…Jom dengar apa kata salah seorang senior dari program Mentor ni!

Featured Thu, 13 Oct 2022

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Individu ‘Claim’ Cicit Nabi Muhammad, Netizen Puji Cara Orang Berilmu Jawab

Apa pendapat korang mengenai individu dakwa dirinya cicit Nabi Muhammad SAW?

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Featured Mon, 14 Apr 2025
error: Content is protected !!