Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 7, 2023 @ 9:31am

Hargai Peminat, DJ Lin Jayakan Majlis Sambutan Ulang Tahun

Penyampai radio popular, DJ Lin menerusi kelab peminatnya, ‘DJLINFollowers’ telah menganjurkan majlis sambutan ulang tahun bersama peminat di selatan tanah air.

Majlis yang telah diadakan di Restoran Rumah Makan 100 Tahun, Ujong Pasir, Melaka itu menjadi destinasi pertama peyandang trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular BH itu dalam siri jelajah bertemu peminat bagi tahun 2023.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, ini adalah kali pertama sesi bertemu peminat diadakan di selatan dan Melaka menjadi negeri pertama dengan menyaksikan lebih 100 orang tetamu hadir rata-rata merupakan peminat setia DJ Lin.

“Saya berasa sangat terharu di atas sambutan hebat yang diberikan oleh peminat Lin di selatan ini dan lebih bermakna, ada yang sanggup datang dari Muar, Johor Bahru, Pahang, Shah Alam, Perak dan Negeri Sembilan.

“Ternyata sokongan peminat tidak berbelah bagi terhadap saya kerana bukan sahaja peminat baru, malahan ada antara yang hadir merupakan peminat saya lebih 12 tahun lalu sejak kelab peminat ‘DJLINFollowers’ mula ditubuhkan pada tahun 2010,” ujarnya.

Majlis yang bertemakan tradisional itu bermula sekitar jam 8 malam dan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Safwan Matsani diikuti ucapan pembukaan oleh wakil restoran ‘Rumah Makan 100 tahun’.

Pelbagai aktiviti menarik yang menawarkan hadiah istimewa telah diadakan antaranya peraduan ‘Teka Tajuk Filem Klasik’ ‘Sambung Lagu Tradisional’, ‘Tiru Gaya DJ Lin’ juga pertandingan karaoke yang menyaksikan penyertaan dari peminat, rakan artis serta rakan media.

“Peminat adalah segalanya bagi saya selain keluarga. Tanpa peminat, DJ Lin bukanlah siapa siapa. Sokongan padu peminat yang tak berbelah bagi selama 23 tahun berada di dalam industri radio di Malaysia adalah tunjang kekuatan saya berdepan dengan apa juga cabaran, dugaan dan halangan yang ditempuhi.

“Saya kuat demi peminat dan saya terus bertahan juga adalah berkat doa dari peminat. Tahun 2023 sangat istimewa kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun saya yang ke-47 bersama peminat tercinta. Moga semua sudi untuk terus mendoakan saya segera pulih dari apa jua sakit yang sedang dihadapi dan doakan juga agar saya dapat terus fokus mengemudi Suria FM dan impian saya pada tahun ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan baru buat Suria FM,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Produce X 101 Independent Trainee Signs with Woollim Entertainment

So, are we expecting for a new boy group from Woollim?

Hiburan Tue, 1 Apr 2025
Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?

Seorang penyanyi wanita popular Kelantan merupakan antara enam individu ditahan polis Thailand bersama ribuan pil kuda.

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

T***k Fasha Pula Jadi Bualan!

Ia tetap menjadi kecaman netizen walau pun tidaklah nampak sebesar Elly Mazlein kan!

Hiburan Wed, 23 May 2018

Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

Trending Sun, 28 Mar 2021

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan […]

error: Content is protected !!