Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2023 @ 3:39pm

Nafi ‘Gold Digger’ Bekas Isteri Penyanyi Juara Program Nyanyian Mohon Beri Nafkah Anak

Isteri kepada penyanyi yang baru sahaja memenangi pertandingan nyanyian, Zurini Hasbullah dilaporkan meminta bekas suaminya itu tampil memberikan nafkah buat tiga anaknya yang kini disahkan mengidap autisme dan disleksia.

Zurini yang sering berkongsi masalah yang dialaminya itu menerusi hantaran di TikTok miliknya tidak kisah jika dirinya dilabel sebagai ‘gold digger’ dek kerana menuntut hak nafkah anaknya.

 “Orang boleh kecam saya, tuduh saya macam-macam. Tetapi jika mereka berada di tempat saya, mungkin mereka faham keperitan yang terpaksa saya tanggung selama ini.

“Ada warganet yang tidak mengenali saya pun malah tidak tahu cerita sebenar, tiba-tiba menuduh saya sebagai ‘gold digger’, mengambil kesempatan atas kemenangan dialah dan macam-macam lagi.

“Apa yang saya lakukan ialah untuk menuntut supaya bekas suami menyedari tanggungjawab dia untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya yang semakin membesar,” katanya.

@kaitbyniniethis was 2018 org pertikaikan why I x live with my fmly this is why I have no support system so I always write to express myself now again terpksa berpindah ……♬ original sound – 💕Abby💕

 

Memetik laporan Berita Harian, bekas suaminya yang berasal dari Kuala Lumpur itu ‘muncul’ semula apabila dia menyertai pertandingan hiburan di sebuah stesen televisyen pada tahun 2020 dan menjuarai pertandingan dengan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Bagaimanapun, Zurini berkata,  dia kini menampung kehidupan bersama tiga anaknya dengan menjual kraftangan iaitu beg kait yang dihasilkannya sendiri.

Selain itu, dia cuma bergantung kepada bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) serta bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang diterima setiap tiga bulan sekali termasuklah, duit ihsan yang diterima dari rakan-rakan.

“Kami sah bercerai pada 2019, itu pun selepas saya sendirian turun naik mahkamah di Kuching berkali-kali untuk menuntut fasakh selepas suami gagal dikesan untuk tempoh yang lama.

“Jujur saya katakan, sejak kami mendirikan rumah tangga di Kuala Lumpur pada 2009, segala perbelanjaan saya tanggung kerana suami tiada pekerjaan tetap,” jelasnya.

Zurini yang juga bekas pramugari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bagaimanapun masih berharap agar bekas suaminya itu sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak istimewa dan tidak culas dalam memberikan nafkah yang secukupnya.

 

@kaitbyniniemalas lah aku dgn mamat ni.. aku tgh bz buat beg byk2 ni nak jual sbb nak bg makan anak. bukan jual cerita basi dgn cerita Tamil pusing taman tukar baju 100x. pusing2 x jgak duit msk bank. I x care about advancing u personally anymore. smua skrg bt official jer. just wait. jom beli bag. buat blanja g court I dgn utk kesinambungan hidup I.. malas dah nak mtk2 cerita smaa jer…♬ A whole new world Arabic version – 💚Bruno Baldrigal💚

 

Sumber: BH, TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Thu, 7 Jun 2018
Trending Fri, 23 Aug 2019

忙到没时间吃便当?手表一掀立刻开饭

亚洲人的工作时数、工作压力,在世界上可说是「名列前茅」,日前日本有公司设计一款有趣的「便当手表」,将食物装进小小的手表里,让人一边看表、一边吃饭,将一分一秒利用到最极致!

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

刘思延自创「失恋疗愈套餐」813首播单曲 《海滩上的字》

Suzanne刘思延揪心单曲 《海滩上的字》8月13日起首播,蜜糖吐司初体验,女汉子粉红心大爆发自创「失恋疗愈套餐」!

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Netizen Dakwa Sakit Kanser Sengaja Direka, Apa Komen Elyana?

Sebelum ini, Elyana memberitahu dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya keesokan pagi.

error: Content is protected !!