Trending By: Maya Basir February 8, 2023 @ 7:42pm

“Awal-Awal Dia Dah Keluar Rumah…” – Bukan Talak 3, Tapi 1! Cat Farish Dedah Punca Cerai Gara-Gara…

Sebelum ini, heboh dakwaan yang mengatakan penyanyi dan komposer, Cat Farish didakwa menceraikan isteri, Suriani Hassan dengan talak tiga.

Cat atau nama sebenar Farish Ramli mendedahkan dia dan Suriani bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Senawang, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.

Menurut anggota kumpulan Ruffedge ini, punca perceraian adalah masalah dalaman yang berpanjangan dan sebagai dia bertanggungjawab tentang perkara yang berlaku dalam rumah tangga sebelum ini.

“Sebenarnya, hubungan kami suami isteri ada beberapa masalah peribadi cuma apabila cerita itu bertukar tangan, ia jadi lain. Bercerai memang cerai, tetapi talak satu sahaja bukan tiga.

“Saya pun enggan buka aib sesiapa sebab perceraian itu bermula daripada suami, dari lelaki. Masalah dalaman memang semua ada, tetapi kami sendiri gagal mengawal. Hal ini ada kaitannya dengan anak-anak dan keluarga juga,” katanya.

Pada masa sama, Cat memberitahu masalah perkahwinan mereka sudah lama berlarutan dan sukar dibawa berbincang tanpa melibatkan emosi.

Malah, tiada ruang untuk mereka berdamai kerana bekas isteri bertindak keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya.

“Apa yang boleh saya katakan, perkahwinan ini tidak sempurna, jadi jalan yang paling selamat adalah untuk kami berpisah. Nak berbincang, nak berbicara mengenai masalah yang timbul pun tak dapat sebab awal-awal lagi dia dah keluar daripada rumah saya dan ke rumah ibu bapanya.

“Saya berdiam diri kerana saya tahu emosi orang ni tak boleh lawan dengan ‘api’. Kalau saya sama-sama juga melagakan api tu, nanti situasi akan menjadi lebih buruk,” ujarnya.

Setelah melalui dua kali kegagalan dalam perkahwinan, Cat mengakui tidak lagi mahu terburu-buru dalam perhubungan dan akan mendahulukan anak-anak.

Untuk rekod, Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli, namun bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 16, Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Cat ditemui di sidang media Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Glasshouse, Seputeh, baru-baru ini.

Siri Jelajah Suria kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara pada 19 Februari. Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.

Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Dec 2021

“Dia Pun Nak Solat Berjemaah” – Monyet Sesat Dalam Masjid Berjaya Diselamatkan Bomba

Video beberapa anggota bomba yang menyelamatkan seekor monyet dalam masjid dipercayai di Bukit Jelutong, Shah Alam tular sejak semalam. Video yang berdurasi 1:36 minit itu menunjukkan anggota bomba sedang mencuba untuk membawa seekor monyet turun […]

Trending Sat, 18 Dec 2021

Banjir Melanda Pusat Dagangan Dunia KL, Anugerah Drama Sangat 2021 Ditangguhkan

Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung sebentar tadi terpaksa ditangguhkan dan pemenang bagi lima kategori lain bakal diumumkan esok. Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), tempat […]

Trending Fri, 10 Jan 2020

Penduduk Kangaroo Island Diarah Berpindah

Penduduk di bandar Kangaroo Island, Australia diarahkan berpindah pada Khamis bagi membolehkan anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan. Bandar Parndana merupakan bandar kedua yang diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan yang dilaporkan semakin memburuk. Segala […]

Featured Fri, 28 Oct 2022

Video Selawat Depan KLCC Raih Pujian, Peminat Doakan Zizi Kirana Terus Istiqamah

Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen. Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti […]

Trending Tue, 4 May 2021

Nak Shopping Raya? Mudah Je Dengan ‘Jom Heboh Di Rumah’… Jangan Lupa Saksikan Malam Ini!

Jom Heboh Di Rumah (JDHR), kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula malam ini, 4 Mei 2021 dan esok, 5 Mei 2021 ini. Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, […]

Events Mon, 6 Jun 2022

Pernah Menempa Nama Sebagai Penyanyi, Dunia Seni Hanya Minat Bagi Erna Elliyana

Usahawan Erna Elliyana Rosli, 33, yang sebelum ini pernah terlibat dalam dunia seni sebelum memberi fokus penuh terhadap dunia perniagaan mengakui hatinya masih tertutup untuk kembali memeriahkan bidang nyanyian dan lakonan. Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya […]