Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 9, 2023 @ 3:45pm

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Tular di media sosial sebelum ini stesen radio Hot Fm mengemukakan tawaran kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjadi penyampai radio bagi segmen Bekpes Hot untuk bergandingan bersama Fara Fauzana, Johan dan Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Terkini, Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan Khairy akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan.

MPA menambah, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’, kehadiran Khairy bersama penyampai Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna yang lebih menarik untuk segmen terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nazri berkata, pelantikan Khairy diharap memberi impak lebih baik kepada Hot FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada KJ kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Bekpes Hot,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin berkata, stesen radio itu sedang berbincang dengan Khairy untuk menampilkan pengisian hebat buat pendengar setia Hot FM dan pengikut beliau.

“Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen Bekpes Hot. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pendengar Hot FM boleh terus merebut peluang untuk memenangi wang tunai RM300,000 menerusi Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP).

Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Awie Keluar Hospital, Bakal Cuba Kaedah Alternatif Pula

Ini semua mungkin Allah nak uji dan saya reda…

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

陶喆&信 回馈广大歌迷!不计唱酬敲定1124槟城办粉丝见面会

「音乐教父」 陶喆及「摇滚巨人」信,两人信守他们对歌迷的承诺,确定于11月24日在槟城ASPEN Vision City的VTEC贸易展览中心举办粉丝见面会,两人不但不收任何唱酬,且全场入场免费。

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Ohh patut lah yang penting meriah semua majlis resepsi Imran & Dahlia

Trending Mon, 7 Oct 2019

Invading Privacy or Plain Rude; Shawn Mendes Made Fans Conflicted

Wherever there’s Mendes, there’s always a scandal.

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

Kesian! Anak Abam Tercari-Cari Bapanya

Semoga keluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
error: Content is protected !!