Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 3, 2025 @ 7:24pm

Kembali Berlakon Selepas 3 Tahun, Ramai Benci Watak Che Ta –“Berbakul Kecaman Saya Terima”

Pelakon cantik Rozita Che Wan kembali mencuri perhatian apabila watak antagonis lakonannya mencetuskan ledakan reaksi penonton.

Selepas hampir tiga tahun berehat daripada dunia lakonan, wanita yang mesra disapa Che Ta ini kini menjadi topik hangat apabila karakter Kak Ju yang dibawanya menimbulkan rasa marah dan geram dalam kalangan peminat.

Che Ta mengakui sambutan terhadap watak itu mengingatkannya pada impak lakonan Kiah Pekasam suatu ketika dahulu, cuma kali ini pertama kali dia memegang peranan antagonis.

“Sejak episod awal ditayangkan, komen serta kecaman yang saya terima memang tak putus. Ada yang sampai bergurau kasar suruh Kak Ju ‘ditidurkan’ dan ada juga yang minta watak itu cepat-cepat dimatikan,” katanya.

Walaupun dibanjiri komen sinis dan sindiran, Che Ta melihat reaksi itu sebagai tanda keberkesanan lakonannya.

“Bagi saya, bila penonton susah nak lupakan watak itu walau dari sudut negatif, itu maksudnya saya sudah buat sehabis baik,” katanya yang turut terbabit dalam filem Anak Mami Jarum Dalca Cinta Kerabu.

Che Ta turut berterima kasih kepada produksi dan Osman Ali yang memberinya kepercayaan membawa peranan yang mencabar. Dia mengakui watak Kak Ju ternyata membuka sisi baharu dirinya.

“Ada anak saya bergurau cakap watak itu macam saya di rumah. Tapi sebenarnya taklah seteruk Kak Ju,” selorohnya.

Mengulas pengalaman bekerja dengan Osman Ali, Che Ta menyifatkannya sebagai satu peluang besar.

“Di awal penggambaran, kami banyak ditegur sebab belum panas. Osman asyik minta saya keluarkan sisi paling jahat Kak Ju. Lama-lama, barulah ‘roh’ watak itu datang,” katanya.

Che Ta yang bakal menerima menantu tahun depan turut mengakui watak antagonis lebih mudah dihayati berbanding protagonis kerana tidak perlu terlalu menahan ekspresi.

Namun selepas drama ini, dia memilih untuk berehat seketika daripada memainkan peranan jahat untuk memberi jarak sebelum kembali dengan karakter serupa.

Di akhir perbualan, Che Ta menyifatkan kejayaan drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya itu sebagai rezeki dan tuah.

“Kadang-kadang walaupun pelakon hebat dan jalan cerita menarik, belum tentu sesebuah drama akan meletup. Tapi syukur drama ini diterima,” katanya sambil memuji olahan skrip Oka Aurora dari Indonesia.

Drama 28 episod Bahagia Yang Tertangguh turut dibintangi Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 22 Nov 2019

Ejen Ali Pamer Kualiti Grafik Bertaraf ‘International’

Bertindak segera ejen! Korang mungkin boleh menyelamatkan M.A.T.A

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

AKTOR KACAK SENTAP DENGAN BAKAL MERTUA

Perselisihan faham berlaku apabila Zul menganggap lelaki berusia 60 tahun itu sebagai seorang yang tidak matang dan tidak gentle…

Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: 4 Peserta Tersingkir! Perjalanan Trio XL, Dhania, Erfarina & Aniq Iffat Tamat Di Minggu Kedua

Trio XL, Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat tersingkir di minggu kedua CSOIAM.

error: Content is protected !!