Euforia Bola 2026
Acara By: Atiqah Johari February 10, 2023 @ 5:40pm

Tak Hadir Ke AJL 37, Alif Satar & The Locos Bakal Buat Persembahan Guna Hologram?

Penyanyi Alif Satar & The Locos ingin membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke-37 dengan menggunakan teknologi hologram.

Bukan itu sahaja, Alif bakal mempersembahkan lagu Anugerah Terindah menggunakan hologram yang memaparkan diri mereka pada usia kecil dan bertukar ke usia semasa.

Lebih menarik, Alif Satar & The Locos sekadar mewakilkan hologram mereka di acara berprestij tersebut sedangkan mereka semua berada di rumah sambil menikmati nasi kandar.

Mentang-mentang berangan itu free, itulah hasrat Alif Satar & The Locos yang dinyatakan secara spontan ketika menjawab soalan bagi segmen Berangan Itu Percuma yang dikongsiikan di Instagram TV3 Malaysia.

Finalis AJL 37 ditanyakan mengenai apa yang ingin dilakukan sekiranya semua perkara di dalam dunia ini adalah percuma dan pelbagai jawapan melucukan yang diberi oleh mereka!

Semak video spontan mereka di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Jangan lupa saksikan AJL 37 pada 12 Februari ini, Ahad jam 9 malam di TV3 dan strim secara live HD hanya di Tonton.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Alif Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi), Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 May 2018

Kendall Jenner Dikecam?

Kendall turut berkongsikan gambarnya itu di laman Instagram beserta kapsyen, ‘Opps’ kepada lebih 90 juta pengikutnya.

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

ArYanti Mahu Jadi JLO Malaysia?

Korang dah dengar lagu Nak Apa Lagi ke belum?

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Justin Bieber Simpati Keadaan Demi Lovato

Justin sama sekali tidak menyangka dia boleh kembali mengambil dadah tetapi saya doakan dia dan keluarganya dalam keadaan baik.

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi. Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga […]

Selebriti Fri, 17 Nov 2023
Trending Tue, 22 Jan 2019

Wanita ini dikenakan caj RM94 oleh pemandu teksi, padahal tambang Grab hanyalah RM13

Untuk perjalanan sejauh 15km, memang tidak masuk akal!

error: Content is protected !!