Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 10, 2023 @ 4:05pm

“1 Jam Saya Tunggu” – Lawat Rumah Bersempena 3 Tahun Pemergian, Balu Abam Bocey Kesal Tak Dibenarkan Masuk

Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan rasa kesal apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah arwah suaminya itu.

Menerusi sebuah video perkongsiannya, Hidayah menyatakan bahawa dia ingin melawat ke rumahnya sendiri bersempena tiga tahun pemergian Abam namun tiada seorang pun yang menyahut panggilannya.

“Hari Jumaat yang mulia ini, so dengan sempena arwah suami tiga tahun so Dayah nak datang rumah Dayah la tengok apa yang ada.

“Sekarang Dayah dekat rumah Dayah tapi tak ada siapa yang menyahut ataupun yang buka pintu. Tengok ni ada kereta dan ada motor tapi tak ada siapa yang jawab, keluar ke apa. Saya dah satu jam dekat sini. Ini rumah arwah suami (Abam) tau,” katanya.

Malah, Hidayah turut berasa sedih melihat keadaan rumah yang tidak dijaga dengan rapi.

“Rumah macam hutan… sedih tengok keadaan rumah. Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa datang rumah sendiri tapi TAK BAGI MASUK,” luahnya lagi.

Susulan itu, Hidayah memaklumkan bahawa peguamnya telah menghantar surat kepada ‘pihak sana’ untuk memberi kunci rumah dan membuat bayaran berjumlah RM60,000 seperti yang ditetapkan mahkamah.

“So, tadi Dayah bersama peguam, peguam saya dah bagi masa 21 hari untuk mereka serahkan kunci rumah dengan bayaran RM60,000.

“So, Dayah minta pihak sana percepatkan buat bayaran RM60,000 itu. So, korang boleh tengok kawasan rumah Dayah, teruk tau,” ujar Hidayah.

@hidayah_hamzah Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni 👏 sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Sebelum ini, pihak mahkamah telah memerintahkan adik iparnya, Ali Puteh untuk membayar jumlah ganti rugi RM60,000 kerana memfitnah di Instagram dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Artikel Berkaitan: “Saya Buat-Buat Baik Je Selama Ni…Terima Kasih!” – Dihina Kerana Dakwaan Aniaya Balu Abam, Ali Puteh Beri Komen Balas

Artikel Berkaitan: Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

[VIDEO] “Buka Aib Orang Puas Sekejap Saja, Tapi Dosa Kekal Selamanya” – Ira Kazar 

Puas hati dedah aib itu sekajap saja tapi akan menyesal sebab tanggung dosa – Ira Kazar

Trending Wed, 28 Oct 2020
familuv Sat, 22 Oct 2022

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet. @noornabila00 Celah helmet pun boleh […]

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!