Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 10, 2023 @ 7:39pm

Serina Redzuawan Hilang Hak Penjagaan Kekal Anak Kedua

Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan hak penjagaan kekal anak kedua pelakon Serina Redzuawan, Isabella Saffiya O’luanaigh diberikan kepada bekas suaminya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Memetik laporan Kosmo! peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin, 46, berkata mahkamah memutuskan demikian selepas menemu bual Isabella yang kini berusia 12 tahun yang mana prosiding berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zalinah Ahmad.

“Mahkamah membuat keputusan setelah menemu ramah Isabella tentang pilihannya hendak tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit selain mahkamah turut mendengar keterangan Gavin serta hujahan pihak kami,” kata peguam syarie itu.

Zainul Rijal berkata meskipun mahkamah sebelum ini memberikan hak penjagaan kekal Isabella kepada Serina dan seorang lagi anak mereka Tristan Tareef O’luanaigh,13, kepada Gavin, tetapi Serina tidak pernah mengambil anak tersebut (Isabella) tinggal bersamanya sehingga hari ini.

Tambahnya, semasa prosiding, Gavin turut memaklumkan kepada mahkamah dia percaya Serina kini tinggal di Perlis setelah berkahwin baharu.

“Berdasarkan keputusan hari ini, hak penjagaan kedua-dua anak tersebut Tristan dan Isabella kini diberikan kepada Gavin dan Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” ujar peguam syarie itu lagi.

Bagaimanapun semasa prosiding itu berlangsung semalam Serina, 39, tidak hadir ke mahkamah walaupun saman telah diserahkan kepadanya.

Sementara itu, ditanya perasaan Gavin terhadap keputusan tersebut, peguam syarie itu memaklumkam anak guamnya bersyukur kerana anak-anaknya tidak lagi berisiko dan dipisahkan tempat tinggal mereka.

Berdasarkan dokumen tuntutan yang difailkan pada 9 Februari tahun lalu, antara alasan Gavin menuntut hak penjagaan kekal terhadap Isabella adalah disebabkan, Serina telah berkahwin lain selain kerap berpindah tempat tinggal.

Gavin juga turut menyatakan, bekas isterinya itu didapati telah berpindah ke Arau, Perlis sekaligus menyukarkan wanita berkenaan untuk menjalankan tanggungjawabnya memelihara kebajikan serta keselamatan Isabella.

Pada 26 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan Serina mendapat hak penjagaan kekal terhadap Isabella sementara Gavin mendapat hak penjagaan kekal terhadap anak sulung lelaki mereka, Tristan.

Mahkamah ketika itu membuat keputusan tersebut selepas meneliti fakta dan berpuas hati dengan permohonan yang dikemukakan Serina selaku pemohon untuk mengubah perintah hadanah (hak penjagaan anak) kekal.

Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hadanah kekal pada 26 Februari 2018 atas alasan antaranya Gavin yang juga warga Britain itu tidak mengamalkan hidup secara Islam dan bimbang anak-anaknya akan murtad.

Pada masa sama Serina juga khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.

Sebelum ini Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada Gavin melalui satu penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.

Untuk info, Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak Tristan dan Isabella.

Sumber: Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

5 Buah Yang Sesuai Untuk Anda Yang Sakit Jantung

” An apple a day keeps the doctor away” antara buah yang dapat membantu dan mencegah penyakit jantung

Trending Tue, 28 Nov 2023
Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Abby Abadi Hamil?

Kalau betul seperti apa yang dikata, Alhamdulillah…

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Majlis Kahwin Anak Dikecam Netizen,Normah Damanhuri Mohon Maaf

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Saya Dengan Iqbal Memang Tak Ngam, Selalu Gaduh” – Cik B Tak Setuju DSV Nak Nikah Dengan Bekas PA

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak bersetuju keputusan ibunya yang didakwa bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli. DSV […]

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Selamat Petang & Selamat Malam…” – Berjaya Tewaskan Jep, Shuib & Atu – Asif Suhaimi Speechless Menang Artis Komedi Popular ABPBH 34

Bintang baharu sensasi, Asif Suhaimi berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce, Asif yang […]

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
error: Content is protected !!