Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin February 11, 2023 @ 2:02pm

Siti Jamumall ‘Ditidurkan’, Syukur Selamat Jalani Pembedahan… Tapi Ada Yang Tuduh Pura-Pura Sakit!

Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall, 23, menafikan tuduhan sesetengah pihak tak bertanggungjawab yang tergamak mendakwa dirinya sengaja berpura-pura sakit demi ‘content’ di laman sosial.

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, dia mengalami benjolan di leher dan ditidurkan pada petang Jumaat semasa menjalani pembedahan bagi mengenalpasti penyebab perkara terbabit.

Siti tidak tergamak menipu orang ramai hanya untuk mengejar ‘likes’ dan ‘share’ semata-mata.

“Benjolan itu dah beberapa bulan yang lepas. Tapi baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab makin membesar.

“Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma.

“Nak kata saya buat ‘marketing’, memang tidak. Saya dah masuk hari ketiga di wad. Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main.

“Kalau nak kata saya sengaja demi konten, memang tak sanggup. Takut berbalik dekat diri sendiri.

“Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Birthday Ke-23, Influencer Terketar Dapat Hadiah Lamborghini Huracán Bernilai RM1.5 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: “Marketing Lebih! Nampak Sangat Nak Tunjuk Satu Malaysia B*doh…” – Micheal Ang Anggap Siti Jamumall Propa Gara-Gara Kecewa ‘Bleach’ Rambut

Tambah Siti, dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen kasar di TikTok.

“Saya influencer jadi apa saja berlaku dalam kehidupan akan viral dan ramai orang tahu.

“Saya baca komen-komen netizen. Dari mata saya, mereka ini baru mengenali saya. Kalau individu yang dah lama kenal, mesti tahu karakter saya macam mana.

“Nak terasa hati rasanya bagi saya tidak perlu. Sebab tak ramai pun yang mengutuk. Biasalah kehidupan, tak semua orang suka kita.

“Jangan pandang yang negatif. Kita ambil positif saja,” katanya lagi.

Meskipun sedang sakit, Siti tetap memikirkan keadaan abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) serta anak-anak.

“Saya dari kecil memang jaga abang yang (OKU). Jadi bila saya ditahan di wad, rasa risau itu muncul memikirkan siapa yang akan menjaga mereka di rumah.

“Walaupun saya mampu saja untuk membayar orang lain untuk mengambil alih tetapi tetap tak sama.

“Dah terbiasa selalu nampak mereka di depan mata. Itu yang boleh timbul perasaan sebak,” kata Siti.

Dalam pada itu, pengasas produk ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Kepada yang mengenali saya, harapnya mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Semoga saya juga kembali sihat seperti sediakala,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Ernie Zakri Bangkit, ‘Aura’ Bakal Cipta Magis Sebagai Simbol Kekuatan Wanita

Ernie Zakri paparkan women empowerment di persembahan Aura AJL39

Hiburan Wed, 12 Nov 2025

Batu Kawan Bergegar! Jom Heboh Tarik 350,000 Pengunjung

Jom Heboh Penang meriah! 350,000 pengunjung banjiri KJH Penang!

Hiburan Sun, 14 May 2023
Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Isu Pasal Idah Saya Tak Point Pada Mana-Mana Pihak” – Kamal Adli

Kamal berkata, hantaran itu sebenarnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan hanya mahu berkongsi kepada umum.

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

[VIDEO] “Nama Saya Aliff Islam, RM1.5 Juta” – Aliff Syukri Lukis Tahi Lalat Di Muka, Netizen Dakwa Sindir Rebecca?

Tindakan Aliff Syukri lukis tahi lalat di wajah dakwa perli Rebecca dikritik netizen

error: Content is protected !!