Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 13, 2023 @ 5:17pm

Tya Arifin Dedah Detik Permulaan Bercinta Dengan Asyraf Khalid

Usahawan terkenal Tya Arifin tampil mendedahkan detik awal percintaannya bersama suaminya, Asyraf Khalid yang merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Umum tahu, Tya yang berasal dari Indonesia ini telah berkahwin dengan anak sulung kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa sebagai Datuk K.

Menurut Tya, dia amat terkejut apabila dirinya dilamar Asyraf selepas pertama kali berjumpa.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Tya sendiri menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Ramai yang tanya macam mana boleh bercinta dengan anak Datuk K. Ni Tya nak bagi tahu.

“Sebenarnya cerita dia macam ni, cerita di mana reaksi saya masa Asyraf nak ajak kahwin. Pertama kali Asyraf ajak kali selepas pertama kali dia jumpa saya. Pertama kali jumpa, lepastu terus ajak kahwin?

“Lepas setahun dah kenal, masa dah berjumpa tu, kan dia ajak dating tu saya bawak kakak. Lepastu masa dia balik ke Malaysia, dia Whatsapp saya dia kata yang dia sebenarnya sedang mencari isteri bukan nak bercinta sahaja.

“Masa tu saya terfikir, kami pun belum bercinta lagi tapi dia dah cakap macam tu awal-awal. Saya pun tak pernah bercinta yang serious and tak ada pengalaman,” katanya.

Menyedari kesungguhan Asyraf untuk menambat hatinya, Tya bagaimanapun menyerahkan segala urusan jodohnya kepada Sang Pencipta.

“Jawapan saya padu tau. Saya jawab, kita jalani dulu tengok dulu macam mana. Jodoh ditangan Allah. Kalau memang kita jodoh, sesuai, Insha Allah akan dipermudahkan.

“Mesti dia ingat, dewasanya budak ni. Masa tu saya baru umur 20 tahun 19 tahun pun tak sampai lagi. Sebab selalunya orang nak berpacaran dia akan tanya dulu tapi masa tu dia dah panggil saya sayang,” jelasnya.

Tya juga menyatakan sepanjang proses perkenalan, mereka sering berdepan dengan masalah komunikasi disebabkan perbezaan bahasa.

“Cabarannya, sebenarnya susah ya bercinta dari berlainan negara. Bahasa tu dah jadi miscommunication. Dia pernah tanya saya buat apa. Kalau di Indonesia kalau tanya begitu selalunya kita buat kuih apa.

“Bila dia tanya macam tu saya tak jawab la sebab saya tak buat apa-apa. Lepastu Asyraf text marah sebab saya tak reply dan dia terangkan maksud buat apa tu dalam bahasa Inggeris.

“Barulah saya faham. Enam bulan pertama hingga setahun kita bersama, sebenarnya kami banyak bergaduh tentang bahasa. Buang masa tak? Jadi itulah sebenarnya kisah permulaan saya dengan Asyraf,” katanya.

@tyaarifinnw Ramai yang tanya macam mana bercinta dengan anak Datuk K @Siti Nurhaliza ni Tya nak bagi tahu 🤪 #tyaarifin #sitinurhaliza #story #fyp ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Cedera Di Set Penggambaran, Bintang K-POP Ini Terima 30 Jahitan

Menurut syarikat pengurusan, G-Tree Creative, aktor berkenaan sedang menjalani penggambaran drama The Last Empress ketika kejadian itu berlaku.

Hiburan Mon, 2 Feb 2026
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Events Wed, 8 Oct 2025

“Kami Tak Pernah Anggap Diri Hero, Ini Tentang Gaza” – Musa Nuwayri Dedah Pesanan Menyentuh Hati Dari Nadir Al Nuri

usa menyeru agar seluruh rakyat di negara ini tidak berhenti bersuara demi saudara saudara kiat di Gaza.

Featured Tue, 7 Apr 2026

“Manipulasi Emosi, Sampai Mamp*slah Hidup Jadi Orang Bersalah” – Kaka Azraff

Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang gemar memanipulasi emosi apabila berdepan masalah.

Trending Tue, 30 Nov 2021

Catat Sejarah Tersendiri! ABPBH 34 Cipta Rekod Undian Tertinggi Dalam Sejarah, Capai 4.4 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang melabuhkan tirai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada 13 November lalu, mencipta sejarah apabila sebanyak 356,304,981 undi diterima sepanjang tempoh kempen undian selama […]

error: Content is protected !!