Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 13, 2023 @ 7:13am

AJL 37: “Berhabis Lebih RM100,000 Tapi Saya Puas” – Netizen Komen Naim Daniel Lebih Layak Menang Persembahan Terbaik, Ini Respons Shiha Zikir

Penyanyi Shiha Zikir tidak menyangka dapat membawa pulang trofi kemenangan Persembahan Terbaik bersama wang tunai RM12,000 menerusi lagu Irama di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang berlangsung malam tadi.

Menampilan tema unik dengan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’ disulami tarian lincah, Shiha berhabis lebih RM100,000 untuk merealisasikan Irama.

“Syukur Alhamdulillah. Kalau sebut mengenai undian, memang saya tak jangkakan. Tapi apabila bercakap soal persembahan, saya memang percayakan team saya dengan idea dan konsep serta pelaksanaan persembahan sehingga Irama menjadi kenyataan.

“Saya berhabis lebih RM100,000 dan elemen yang paling mahal dalam persembahan saya adalah lampu laser. Syarikat saya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record membahagikan kos ini. Biarpun pasti ada yang katakan pelaburan lebih RM100,000 tak setimpal dengan hadiah kemenangan bernilai RM12,000 tapi saya rasa puas kerana ini adalah minat saya,” katanya.

Mengulas mengenai pertikaian sesetengah peminat yang mendakwa persembahan ‘terbalik’ Naim Daniel menerusi lagu Mainan lebih layak diangkat sebagai persembahan terbaik, penyanyi lagu AEWO ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu dia praktis ketika sesi latihan, saya cakap, gempaknya persembahan dia! Nak menyanyi sambil terbalik bukan mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada.

“Saya tak nak komen mengenai kata-kata negatif yang mempersoalkan kemenangan Irama. Saya faham masing-masing ada pendapat tersendiri, tak semua orang ada pemikiran yang sama.

@xtra_my Neon neon, laser laser, glow in the dark. Power la Shiha malam ni… Pap pa ra ra ra! 🥰💖💜 Jangan lupa saksikan #AJL37 jam9 malam ini secara langsung di TV3 dan strim langsung HD hanya di Tonton. #AJL37 #dimensimuzik #alhaalfa ♬ original sound – XTRA

“Dalam pendapat saya sendiri, jika masuk bertanding, pastinya semua orang nak menang. Jika saya masuk pun, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi sebelum ini, saya sudah sertai banyak program dan pertandingan, jika ada orang lain menang, saya takkan menyalahkan sesiapa jika saya kalah,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha juga berharap semua pihak mempecayai ketentuan rezeki yang sudah ditakdirkan.

“Saya berharap kepada mereka yang mempertikaikan, kena ada kepercayaan kepada juri dan keputusan yang telah ditetapkan. Sudah tentu juri lebih arif dan profesional. Saya sendiri tak layak komen mengenai kemenangan kerana juri sahaja yang tahu sebab mereka memilih pemenang.

“Jika bercakap mengenai undian, lagilah saya tak yakin saya boleh menang. Sekiranya ia melibatkan undian, ramai lagi artis lain mempunyai sokongan peminat yang kuat. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah percaya kepada rezeki. Orang yang mengundi pun boleh nampak usaha yang diletakkan dan mereka yang mengundi mesti tahu mengenai persembahan.

“Saya tak cakap persembahan saya sahaja yang bagus, pastinya semua peserta pun dah buat sehabis baik, lebih-lebih lagi Naim, pertama kali saya lihat ada penyanyi menyanyi terbalik. Apa pun ia berbalik kepada rezeki,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Jul 2019

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

“Malaysia Disasar Lima Negara Teratas Kutipan The Voice of Hind Rajab, Buka Laluan Ke Oscar” – ZRA

ZRA menyeru rakyat Malaysia agar terus menjadi suara kepada Palestin

Featured Fri, 4 Jul 2025

Gara‑Gara Sebiji Epal, Umie Aida Didenda RM1,000 Di New Zealand

Kata Umie, pada awalnya dia tidak membawa apa-apa makanan kerana mahu memudahkan urusannya di kaunter imigresen.

Featured Tue, 10 Jan 2023

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal […]

Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Tak Bertegur Dengan Heroin, Apa Jawab Syafiq Kyle Eh?

Pasangan pelakon ini pernah digosipkan bercinta pada tahun lalu namun dinafikan oleh keduanya. Agak-agak selepas tayangan Langsuir, adakah Syafiq dan Hannah akan berlakon bersama lagi?

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

Hati Nur Fazura terusik apabila anaknya, Nur Fatima Aisya sering dikecam.

Trending Tue, 17 Aug 2021

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. […]

Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!

error: Content is protected !!