Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 14, 2023 @ 9:26pm

Susulan Langgar Perintah Injuksi, Puteri Sarah Dibenarkan Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar & Keluarga

Keputusan mahkamah hari ini telah membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin untuk memulakan persidangan menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah filem Syamsul Yusof, Ira Kazar dan ahli keluarganya.

Susulan itu, Ira Kazar bersama bapa dan kakaknya, Yasmin perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berkenaan tindakan mereka yang mengingkari perintah injuksi yang telah dikenakan pada Julai 2022.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah (isteri pertama) memperoleh perintah injuksi pada Julai tahun lalu yang menghalang Ira atau sesiapa yang berkaitan dengannya menjejaskan ketenteraman dan keharmonian Puteri Sarah, keluarga dan keluarga mentuanya serta suaminya, Syamsul Yusof.

Bukan itu sahaja, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin juga dihalang untuk berada dekat dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarga, keluarga mentua, suaminya dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Puteri Sarah.

Untuk makluman, perintah injuksi tersebut adalah daripada tuntutan saman yang telah difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira pada Jun tahun lalu atas dakwaan mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama Syamsul.

Sehubungan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader, peguam mewakili Puteri Sarah dihubungi oleh wartawan Harian Metro berkata, permohonan Puteri Sarah telah dibenarkan oleh Hakim Morakhmar Mohd Sani dalam perbicaraan yang dilakukan secara atas talian dengan peguam anak guamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Ekoran kebenaran tersebut, Akberdin memaklumkan bahawa pihaknya perlu memberi sesalinan permohonan komital kepada Ira, Kazar dan Yasmin.

“Selepas penyampaian permohonan komital disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pihak sana menjawab permohonan kami.

“Setakat ini, mahkamah belum menetapkan tarikh lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Syamsul di Mahkamah Syariah atas alasan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri kerana tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Kes Mahkamah Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Bukan Nak Tunjuk Hebat, Nourul Depp Tak Mahu Jadi Artis Bermusim

Saya harap, jangan tanya lagi fasal ini. Kalau ada persembahan, datanglah tengok. 

Featured Wed, 10 Nov 2021

Video Nyanyian Lagu Easy On Me Aina Abdul Tarik Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul bersyukur dapat menarik perhatian penyanyi terkemuka Adele walaupun video nyanyian lagu Easy On Me hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam di Instagram Story. Memetik laporan Berita Harian, Aina telah berkongsi video nyanyian […]

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Buat Solat Istikharah, Danish Hakim Batal Hasrat Jadi Pelakon

Anak Norman Hakim, Danish Hakim anggap industri hiburan toksik

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

error: Content is protected !!